Aamiin Ya Rabbal Aalamiin


Bismillahirrahmannirrohim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh

Astargfirullahaladzim...

Hanya Kubur para sahabat yang dimuliakan Allah Swt biasa aje.. Kita yang tak tahu entah dimana ni lebih-lebih pulak. Bagaimana mutakhir kini, bermacam-macam jenis kubur dikalangan masyarakat melayu kita sendiri. Adakah ia dipengaruhi kubur-kubur cina atau bagaimana? Seperti gambar dibawah ini..

Apabila mati didarat mereka bina kubur-kubur macam tu. bagaimana kalau mati ditengah laut? dimana mereka nak binakan kubur? Adakah mereka meniru daripada kubur-kubur pemimpin negara kita seperti maqam pahlawan?

Imam al-Nawawi rh. berkata : Makruh : mengecat, membina bangunan dan menulis diatas kubur. Haram : Jika dibina bangunan diatas kubur orang awam (musabbalah atau waqaf) maka hendaklah dimusnahkan” (Minhaj al-Thalibin, ms 360). Didalam al-Majmu’, al-Nawawi mengatakan : “Berkata sahabat-sahabat kami Rahimahullah: “Tidak ada perbezaan antara membina bangunan (di atas kubur) sama ada membina kubbah atau rumah atau seumpama keduanya. Kemudian hendaklah diperhatikan, jika kubur itu kubur musabbalah (kubur orang awam) adalah haram di atasnya berbuat demikian…. Jika sekiranya kubur itu milik persendirian, adalah harus membina bangunan, ianya dihukumkan makruh dan tidak perlu dirobohkan” [al-Majmu‘: 5/260].

0 share with mummy:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...