Aamiin Ya Rabbal Aalamiin


Bismillah hirahma nirahhim..

Kita jika duduk diam ibadat seorang diri, solat, baca al-Quran, baca hadith, tafakkur dan dzikrullah pun dah boleh dah, In sha' ALLAH baik..

Jadi kenapa kita sibuk-sibuk ambil tahu, beri tadzkirah, beri pesanan, beri teguran, kongsi ilmu, kongsi tips dan ajak orang lain kepada kebaikan..?

Diantara sebabnya..

Selain ia baik untuk orang lain, ia juga lebih utama dimana ia akan memberikan manfaat buat diri kita sendiri sebenarnya. Perbuatan nasihat-menasihati akan membuahkan beberapa manfaat, antaranya:

1) Ia suruhan ALLAH Ta`ala dalam banyak ayat al-Quran.
2) Mendapat pahala.
3) Mendapat pahala apabila orang lain mendapat manfaat.
4) mendapat pahala berganda apabila orang lain mengamalkannya pula.
5) Manfaatnya akan melantun kembali kepada kita di dunia dan di akhirat dan banyak lagi...

Kita akan berdiri jumpa ALLAH `Azza wa Jalla dengan berbekalkan catitan amalan. Catitan amalan beserta niat yang ikhlas boleh menjadi sebab untuk kita mendapat rahmat dan keredhoan ALLAH. Dan rahmat dan keredhoan ALLAH akan menghantar kita kepada kebahagian yang hakiki di Akhirat nanti.

Apa yang kita buat kesannya pada kita sendiri.
Fastabiqul khairaat, berlumba-lumbalah buat kebaikan.

Begitu lah juga.. sekiranya kita selalu mengajak kepada kemaksiatan dan kelalaian dengan lara yang nyata.. maka balasannya juga akan ada keatas kita.. dengan yang demikian.. marilah kita melakukan kebaikan dari bermain kata indah melarakan hati yang membacanya... 

Semoga Allah melindungi kita semua dari dosa yang berpanjangan yang tak terdelet oleh kita setelah kita dikembalikan kepadaNYA.. 

Sayang hati ini kepada kalian kerana Allah.. semoga mendapat kebaikan darinya.. Amin.

0 share with mummy:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...