SATU hakikat yang tidak dapat disangkal ialah semua insan mempunyai perasaan rendah diri. Ia adalah manifestasi bahawa insan itu adalah golongan lemah dan tidak mempunyai kekuatan mutlak terhadap diri atau kehidupan.
Sememangnya boleh diterima anggapan bahawa manusia mempunyai kekuatan atau kekuasaan terhadap diri dan kehidupan, tetapi suasana kehidupan sebenar tidak selalu menjamin keadaan sedemikian.
Gambaran sebegini menjadikan manusia mudah untuk terus ditimpa kepayahan dalam kehidupan dan merasakan diri terlalu kerdil.
Merasakan diri kerdil sebenarnya menunjukkan wujudnya perasaan rendah diri.
Manusia dilahirkan dalam keadaan lemah, tetapi berpotensi untuk maju. Mereka walaupun lahir dalam keadaan lemah, namun tidak bermakna berterusan berada dalam keadaan yang lemah itu.
Ini juga tidak bermakna mereka tidak mempunyai sebarang kelemahan.
Lantaran dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan, ia sememangnya menimbulkan rasa rendah diri kerana menyedari kekurangan yang ada. Tetapi bukanlah sesuatu yang wajar jika menyesali diri yang dilahirkan serba kekurangan.

Sebaliknya, ia akan mengundang pelbagai kemudaratan yang tidak terlintas di fikiran, maka akan terbentuk satu tekanan psikologi yang dikenali sebagai gangguan rendah diri (inferiority complex).
Gangguan rendah diri adalah keadaan di mana seseorang itu merasakan dirinya berterusan berada dalam serba kekurangan. Kekurangan yang dirasai membantutkan segala usaha untuk mencapai kemajuan dalam kehidupannya walaupun ia berpotensi untuk maju.
Potensi untuk maju dilindungi oleh hijab tiada keyakinan diri, pemikiran negatif dan kegembiraan yang terbantut.
Ini seterusnya membataskan keupayaan untuk bersosial dalam kelompok masyarakat. Akibatnya penyisihan yang dicipta sendiri yang akan mengukuhkan lagi gangguan rasa rendah diri.
Keadaan ini berbeza secara total daripada rasa rendah diri atau sikap merendah diri.
Rasa rendah diri (inferiority feeling) adalah satu bentuk kesedaran diri pada peringkat kognitif, di mana seseorang itu menyedari akan kekurangan yang ada, tetapi tidak pula dibelenggu oleh penyesalan yang biasa timbul daripada kekurangan itu.

Malah, kekurangan yang dimiliki itu pula bertindak sebagai satu inisiatif untuk menimbulkan motivasi dalaman bagi mencetuskan perubahan proaktif dan pencapaian positif. Inilah yang seharusnya dipelajari bagi menjamin suasana kesihatan mental sempurna.
Rasa rendah diri tidak akan menimbulkan kepayahan, melainkan jika seseorang itu menilai kekurangan dan kelemahan yang dialami sebagai satu masalah yang amat kronik dan serius sehingga mengganggu kestabilan diri dan kehidupannya.
Malah rasa rendah diri juga tidak akan muncul, melainkan jika seseorang itu membandingkan keadaan mereka dengan keadaan yang ada pada orang lain.

Jika keadaan dirinya itu dirasakan lebih rendah atau keadaan orang yang dibandingkan itu dirasakan lebih baik daripadanya, dia akan merasakan kekurangan yang ada pada dirinya sebagai kelemahan yang menyebabkannya berasa rasa rendah diri.
Dan seterusnya, rasa rendah dirinya itu pula akan menimbulkan pelbagai komplikasi negatif.
Di antara ciri umum seseorang yang mengalami gangguan rasa rendah diri yang kronik ialah:
Tiada keyakinan diri.

Mempunyai pandangan negatif dan pesimis terhadap diri, orang lain dan kehidupan secara umum.
Sukar untuk berinteraksi secara sosial dan bersikap pilih bulu.
Mempunyai keinginan untuk menganiayai orang lain.
Gemar menunjuk-nunjuk aset yang dimiliki.
Sering membelakangkan etika dan moral semata-mata inginkan pemujaan dan pengiktirafan ke atas diri sendiri.
Berusaha menjadikan kemudahan dan pangkat atau harta sebagai platform untuk kemegahan diri atau meraih pengiktirafan dari masyarakat (superiority complex).
Cenderung untuk menghidapi tahap kebimbangan yang kronik.
Komplikasi daripada gangguan ini sering menyebabkan kesudahan negatif dalam kehidupan bermasyarakat.

Kebiasaannya, seseorang yang mengalami gangguan ini pada tahap kronik mempunyai pelbagai cara tersendiri bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.
Pada kebiasaannya mereka berusaha menafikan kelemahan dimiliki kerana ia memberikan banyak tekanan kepada mental dan emosi.
Ada dua kaedah biasa yang digunakan ketika berhadapan dengan suasana yang menampilkan kelemahan dan kekurangan.
Kaedah itu seperti cuba menidakkan keadaan yang dialami atau cuba berusaha mengatasinya untuk memperbaiki keadaan.
Dalam usaha mengatasinya, perkara penting harus dilakukan adalah menyedari kaedah yang digunakan sentiasa bersifat rasional. Ini kerana rasa rendah diri adalah punca utama gangguan mental dan emosi serta beberapa gangguan personaliti.
Orang yang cenderung untuk menafikan kekurangan dimiliki akan cuba menidak atau melupakan kekurangan itu. Dia tidak menerima hakikat keadaannya. Dia juga akan menghindari sesiapa atau mana-mana suasana yang akan menonjolkan kelemahan dirinya.

Mereka lebih penakut dan tiada keyakinan diri dalam semua aspek kehidupannya. Mereka juga takut membabitkan diri secara sosial.
Orang sebeginilah lebih cenderung menghidapi penyakit kebimbangan dan kemurungan.
Ada juga yang kecewa atau tidak puas hati dengan kekurangan yang ada.
Padanya, sebarang pendedahan terhadap kekurangan diri adalah satu ancaman yang menimbulkan rasa cemas dan curiga.

Sesiapa saja atau apa juga suasana yang mendedahkan kelemahan dirinya akan menjadi mangsanya.
Rasa cemas itu pula akan menyebabkannya marah dan akan reda jika orang lain yang berada di sekelilingnya takut atau hormat padanya.
Orang seperti ini cenderung untuk mengalami gangguan personaliti.
Kaedah baik dan proaktif adalah menerima hakikat kejadian diri sendiri seadanya tanpa berbelah bagi dan sentiasa mempunyai persepsi positif.
Perlu juga menyedari akan kekurangan yang ada dan cuba menerimanya sebagai sebahagian ciri personaliti unik dan pada masa sama sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan.
Jangan suka membandingkan kejadian atau kedudukan sendiri dengan orang lain.

Perangai suka membandingkan diri dengan orang lain juga punca yang mendorong rasa rendah diri.
Gunakan segala kelebihan yang ada dan jadikannya sebagai kekuatan yang mampu merangsang pertumbuhan diri bagi mencapai kejayaan.
Tolonglah diri sendiri untuk maju dan jangan biarkan diri binasa oleh kerana kejahilan sendiri.
Kemajuan diri mesti dicapai dengan usaha gigih dan melihat perubahan sebagai satu kemajuan.

Dalam Islam, tuntutan untuk berubah mencapai kemajuan memang sudah sedia ada sebagaimana menurut firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." – (Surah al-Ra’d, ayat 11)
Inilah gambaran jelas bahawa Islam sebagai satu cara hidup yang amat dinamik.

Perubahan ke arah kecemerlangan juga dituntut oleh Rasulullah sebagaimana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah amat menyukai mana-mana hamba-Nya yang melakukan sesuatu pekerjaan itu dilakukan dengan kesungguhan dan kemahiran."
Dari sini, perubahan ke arah kemajuan sememangnya menjadi agenda ajaran Islam.
Islam menuntut umatnya bersikap merendah diri kerana ia sikap terpuji. Sikap ini tidak membayangkan seseorang itu mengalami gangguan rasa rendah diri kerana ada perbezaan di antara kedua-duanya.
Pada umumnya, orang yang merendah diri menghormati orang lain. Dia mengakui kelemahan orang lain dan menerimanya sebagai satu perbezaan yang perlu dihormati.

Untuk menerima kekurangan orang lain dan menghormatinya, dia terlebih dulu harus mengenali kekurangan sendiri dan menerimanya dengan rela hati. Inilah penghormatan yang diberikan kepada dirinya sendiri.
Sikap merendah diri pula tidak sebenarnya muncul daripada orang yang berasa rendah diri. Sebaliknya, mereka adalah orang yang mempunyai rasa hormat dan keterampilan diri yang tinggi serta berkeyakinan.

Seseorang itu pula tidak semestinya mempunyai kedudukan mulia atau harta yang banyak untuk bersikap merendah diri. Dan sikap ini tidak akan merendahkan maruah atau kehidupan seseorang.
Manusia yang tidak ada masalah dalam hidupnya bukanlah dinamakan manusia, tetapi 'robot bernyawa' yang telah diprogramkan.
sumber: http://wwwmymasjid.com.my/article/show.asp?id=2106

0 share with mummy:
Post a Comment