Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

~~~Bersyukur Pada Allah~~~


Tingkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan meninggalkan segala laranganNya.
Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa, beriman, selamat dunia dan
akhirat.

Firman Allah yang bermaksud;
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu, tiadalah
kamu dapat menghitung satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha
Mengasihani." ----Surah An-Nahl:18

Allah telah mengurniakan berbagai-bagai kenikmatan pada hamba-hambaNya di dunia
ini, nikmat kesenangan, keselamatan, kesejahteraan dan bermacam-macam lagi
nikmat yang tidak terhitung. Tapi adakah kita mensyukuri nikmat tersebut?

Firman Allah yang bermaksud;
"Dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya
semata-mata."---surah An-Nahl;114

Syukur adalah merupakan pujian, ingatan dan terima kasih kepada Allah terhadap
pengurniaan nikmat pada hamba-hambaNya. Dan sebagai tanda syukur hendak-
lah taat mengerjakan segala suruhan dan perintahnya Allah serta meninggalkan
dan menjauhi segala larangan dan tegahanNya. Juga sebagai hamba hendaklah
sentiasa redha dengan qadak dan qadar Allah. Amalan bersyukur pada Allah
hendaklah dilakukan melalui tiga perkara;

Pertama: Melalui hati, dengan cara mengiktiraf dan mengakui sepenuhnya
bahawa semua nikmat-nikmat tersebut adalah pengurniaan dan pemberian Allah,

Kedua; Melalui lisan, iaitu menzahirkan di dalam kehidupan seharian dengan
memuji-muji Allah serta memperbanyakkan mengucap syukur padaNya.

Ketiga;Melalui perbuatan iaitu berlaku taat kepada Allah dan menggunakan
segala nikmat-nikmat yang dikurniakan pada tempat-tempat yang diredhaiNya.
Allah akan mengubah segala bentuk nikmat yang telah dikurniakan kepada
hamba-hambaNya di dunia ini selagi nikmat kurnia tersebut digunakan pada
jalan yang diredhaiNya. Nikmat akan berkekalan selagi mereka taat dan
bersyukur pada Allah, tetapi jika disebaliknya mereka kufur nikmat, mereka
derhaka dan meninggalkan segalan suruhan dan perintahNya dan melakukan
segala larangan dan tegahanNya, maka buruklah balasannya di dunia dan
di akhirat.

Firman Allah yang bermaksud:
"Balasan yang demikian itu ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kapada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan
ingatlah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
---Surah Al-Anfaal;53

0 share with mummy:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...