Sedarkah anda setiap aktiviti yang kita lalui sebenarnya banyak mempengarugi gearkan otot kita tanpa kita sedari. Baiklah apa kata disenaraikan beberapa perbuatan tersebut. Semoga sahabat semua akan lebih aktif dan sihat pada masa-masa akan datang lagi. Insyallah :).
Tahukah kawan-kawan aktiviti seperti memandu kereta dengan menggunakan gear yang manual sebenarnya dapat melatih hampir keseluruhan otot kita bergerak dengan lebih baik lagi terutamanya di bahagian otot punggung dan betis.
Anda tidak suka mencuci kereta. Haa..Tahukah anda bahawa dengan mencuci kereta juga sebenarnya membolehkan badan anda membakar kalori lemak dengan lebih pantas lagi seperti contoh:-
-Sewaktu anda menyiram air di badan kereta ia seumpama anda sedang melakukan senaman pemanasan badan di awal latihan sebelum senaman berat dilakukan seterusnya.
-Ketika anda menggosok kereta dengan sabun dengan menggunakan kain atau span ia sebenarnya mampu untuk melatih otot punggung dan lengan anda bergerak secara semulajadi.
-Mengeringkan kereta dengan cara mengelap di seluruh badan kereta mampu untuk melatih otot pinggan selain dapat mengencangkan otot dan lengan secara efektif.
Aktiviti seperti bermain bersama si kecil dengan berkejar-kejaran dengan mereka akan dapat melatih otot paha dan betis anda secara keseluruhannya.
-Mengayunkan-ayunkan anak di kaki anda akan dapat mengencangkan otot peha, betis, lengan dan juga perut.
-Aktiviti seperti bermain “kuda-kuda” bersama anak juga dikatakan mampu untuk melatih otot tangan, paha dan punggung.
Anda suka berkebun, menanam pokok bunga di halaman rumah seperti mengemas, mencabut rumput di halaman pokok, menyiram tanaman dan membaja tanaman sebenarnya memberikan kesan rehat kepada minda anda.
Tahukah anda selain ia dapat merehatkan minda anda, aktiviti ini juga mampu untuk membakar kalori di tubuh anda secara sedikit demi sedikit seperti contohnya:-
-Ketika anda berkebun atau menanam bunga, memangkas tanaman, membaja, menyiram dan sebagainya dalam posisi duduk akan dapat melatih otot pinggang dan punggung, boleh melatih otot bahagian paha.
Ingat hidup cerdas keluarga bahagia .
sumber:yahoogroup
sumber:yahoogroup
0 share with mummy:
Post a Comment