Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Hidup ini bukan semudah yang disangka


Hidup ini bukan semudah yang disangka. Perjuangan mempertahankan kebenaran kadang kala amat pahit. Namun, kepahitan itu akan terubat apabila kita sentiasa yakin bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama orang yang benar. Justeru, sentiasalah meletakkan kepentingan Allah di hadapan berbanding yang lain.

Sedarlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Berapa banyak dari perkara yang kalian anggap remeh, namun sebenarnya merupakan masalah yang besar yang menyentuh persoalan akidah/keimanan kalian kepada Allah SWT. Berapa banyak persoalan yang boleh mengeluarkan seseorang Muslim dari keIslamannya, namun dia tidak mengetahui bahawa dirinya sudah keluar dari Islam! Dalam hal ini Allah SWT mengingatkan kita dalam kitabNya,

“Mereka telah menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah, dan begitu pula dengan Al-Masih (Isa) bin Maryam (telah dituhankan pula), padahal mereka tidak diperintahkan kecuali hanya menyembah Tuhan yang Esa, tiada Tuhan melainkan Dia, Maha suci Dia dari apa-apa yang mereka sekutukan” [TMQ at-Taubah (9):31].

Ketika Rasulullah ditanya bagaimana mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadikan rahib dan pendita mereka sebagai Tuhan, baginda menjawab

“Mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, lalu mereka mentaatinya”.


“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HR Muslim].

Kita hendaklah melakukan amar makruf nahi mungkar jika kita tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas kita kerana kemalasan atau kelalaian kita. Sabda Nabi SAW,

“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].

**alhamdulillah! aku redha dgn setiap apa yg terjadi kerana aku percaya bahawa setiap yg terjadi ini ada hikmahnya.. semuga allah mendengar setiap doa ku ini.. insyaAllah. ameen!


0 share with mummy:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...