
Ujian itu tanda sayang Allah kepada kita. Tanda Allah masih mengambil berat terhadap kita. Tanda Allah sangat sayang kepada kita. Sayang dan cinta terhadap seseorang, maka perlulah diuji sejauh mana keikhlasan hatinya. Maka itulah konsepnya. Sebab-sebab Allah menurunkan ujian.
Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketabahan segala ujian dan dugaan ini terasa lebih senang untuk diharungi. Allah Maha Penyayang. Takkan pernah Allah menzalimi hamba-Nya. Aku sangat-sangat bersyukur kerana masih disayangi Allah dan diuji dengan dugaan-dugaan ini.
** Ya Allah Ya Tuhan ku yg Maha Adil Maha bijaksana, bukakan lah hati mereka kearah kebaikan dan sedari lah mereka dari kesesatan. Sesungguh nya menghalalkan maksiat itu adalah berdosa besar.
0 share with mummy:
Post a Comment