Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:


Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan
bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau,
kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin
juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit
kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah,
sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta
lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia
akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).

(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan

(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan
berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.

(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa

(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.

(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)

(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam


(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap
batu karang, gout dan alahan. (iv) Mengulangi makan sepanjang malam.

(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan

(vi) Tidur selepas kenyang makan


Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan
kimia:

(i) Kopi dan teh.

(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.


(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.

(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)

(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3hari): Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari): Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa): Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)

(ii) Makan kerap

(iii) Kuih-muih yang payah dihadam


(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:

(i) Kurang makan kerana perut dah kecut

(ii) Kesihatan bertambah baik


Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
"Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari
puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

'Selamat Berpuasa & Selamat Berjuang'

info: internet

15 share with mummy:

ita.itu said...

oh gitu ek..sy makan ala2 jek..haha

~ Lady ell ~ said...

ita,mkn ala2 tu alalala latuk eh?:)

mummy,bagus ar info nih.sgt brguna.ptt ar memula posa nih lemah,letih,lesu tp akhir posa nnt baru kita rasa nikmatnya ek.

~ Lady ell ~ said...
This comment has been removed by the author.
KTS said...

thanx fo the info mummy... risau juga sbb tetiba bulan posa ni kpl pening, asyik selsema.. rupa2nya kesan pembuangan toksin ye... lega skit

Teman2 Sekalian said...

ita..
betul ke ko makan ala ala je... hehehe

ell..
tu lah kadang2 kita tak terperasan benda ni semua...

KTS..
pembuangantoksin yang.. mummy pun sampai skrg tak berapa nak sihat...
sama2 lah kita ajaga diri kita ok yang...

mummysyafie said...

makan ala kadar je lah mummy erkk..hihihi..kiter cuba erkk

nice info mummy...

eedany said...

TQ for the info mummy...

Selamat Berpuasa juga buat mummy n family...

:)

julietchun said...

Kalo gi psr ramadhan tu suma rs nak beli,kalo buleh nak beli org yg jual kuih tu sekali,kira borong ;D

Teman2 Sekalian said...

nor..
mummy ni cuba sebelum pergi pasar ramadhan je.. kalau dah pergi ko.. ilang semua ingatan.. beli borong semua sekali kalau boleh.. kekekeke

dany..
apa menu paling best kat KK tu yang.. mummy rindu KK lah yang.. lama tak gi sana...

juliet..
betul tu yang.. rasa nak beli je semua tapi endup lepas minum air semua tolak tepi.. kekeke

M4M4 MY4 said...

selamat berpuasa juga.. info yg sangat bagus.. makasih

Teman2 Sekalian said...

mama mya..
sama sama kasih yang...

SaDi said...

good advice mummy!!!

Ck said...

Wah! kiranyer saya ni, betul2 ikut law lah ye.

Ziana said...

punya laaa x selera nk mkn..
sampai anak mummy nih demam..
betambah x selera..
alahai.. :(

dakgilachoc said...

bulan pose mmg diet terbaik erk...patutnya lagi pose lagi perut lapar..tapi time berbuka xde selera nk mkn sgt pn..mkn sket dh kenyang kan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...