Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Malam Lailatul Qadar...

Sepuluh malam akhir sudah menjelang, maka bermulalah pencarian / pengejaran malam-malam yang ganjil untuk memperolehi malam “Lailatul Qadar” bermula dari malam ini. Ada banyak kelebihan pada sesiapa yang dapat beramal pada malam tersebut yang menyamai seribu bulan.

Ingin saya petik dari beberapa Imam besar berkaitan dengan malam “Lailatul Qadar” ini. Pendapat Imam Ghazali ada mengatakan : “Jika puasa bermula pada hari Ahad / Rabu maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 29 Ramadhan. Jika puasa bermula hari Isnin, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 21 Ramadhan. Jika puasa bermula hari Selasa / Jumaat, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 27 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Khamis, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 25 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Sabtu, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 23 Ramadhan (malam 12 Sept 2009).

Pendapat Abu Hassan Sazali pula ada mengatakan ; “Aku tidak pernah luput malam “Lailatul Qadar” sejak aku baligh lagi. Bila aku ikut kaedah ini. Kaedah kedua, jika puasa bermula pada hari Jumaat, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 29 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Sabtu, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 21 Ramadhan (malam 10 Sept 2009). Jika puasa bermula pada hari Ahad, makan malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 27 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Isnin, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 19 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Selasa, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 25 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Rabu, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 17 Ramadhan. Jika puasa bermula pada hari Khamis, maka malam “Lailatul Qadar” adalah malam ke 23 Ramadhan.”

Sahabat-sahabat boleh rujuk kitab I’anah Tholibin, muka surat 257 juzuk 2 cetakan Isa Halabi, Mesir. Marilah sama-sama kita mencari dan memenuhi malam-malam yang akhir ini dengan ibadah kepada Allah S.W.T.


***info frm : internet


4 share with mummy:

DrSam said...

terimakasih diatas maklumat (tazkirah) yang amat berguna itu. Semoga kita menemui malam yang amat dinanti-nanti itu.

Koleksi Cadar Qaseh said...

mummy, saya ada TAG mummy...

SHIMI said...

Salam. Salam Ramadhan dan Salam Aidil Fitri juga buat kamu

eedany said...

mummy...

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Semoga Syawal tahun ini membawa lebih rahmat dan berkat kepada kita semua.

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...