Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Al-Quran Sebagai Zikir


Al-Quran Zikir Agung

Ramai yang "mengenal" Allah dan "menjumpainya" Tuhannya melalui renungan dan tafakur terhadap kejadian alam semesta diikuti dengan kajian dan penerokaan bagaimana alam ini bermula. Adakah ia bermula dengan suatu cara, sesuatu yg mempunyai sistem atau secara sembrono?

Al-Quran menjawab persoalan yang disebutkan itu melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu/padu), lalu kami pisahkan antara keduanya." (Al-Anbiyaa:30)

Ayat itu ada 2 kalimat yang indah dan perlu kita fahami iaitu "ratqa" yang bermaksud sesuatu yang ditampal ?atau dijahit dan "fatqa" yang bermaksud sesuatu yang dibuka dan dikoyak.

Allah berfirman bahawasannya langit dan bumi pada asalnya "ratqa" (ditampal dan dijahit). Dan kemudian kami buka atau koyak dan kami kembangkannya.

Ayat ini pada menceritakan mengenai permulaan alam semesta ketika mana tiada seorangpun yang bercakap seperti bahasa Al-Quran ini kerana ia baru ditemui pada abad ke 20.Yang lebih menarik ulama terdahulu sudah ada pemikiran sains sebab mereka mengkaji Al-Quran walaupun teknologi dan hidup mereka pada zaman itu tidak seperti zaman sekarang, mereka sudah mempunyai minda sains.

Sebagai contoh, Imam said Jubir selepas membaca ayat ini beliau berkata"Ya, langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain.Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat ini.

Pada hari ini, kita sama-sama maklum bahawa menurut teori cakrawala, permulaan alam semesta ini dimulai dengan satu letupan yang dikenali sebagai " Big Bang". Mengikut lapuran dalam laman web NASA,pakar mengatakan kejadian alam bermula pada 12 hingga 14 billion tahun dahulu dan panjang alam semesta ketika bermula adalah beberapa milimeter sahaja.

Namum dalam masa yang singkat ia mengembang sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat pada hari ini. Jadi ramai yang bertanya mengenai masa yang "singkat" ini apa maksudnya . Jelas maksudnya tidak sampai 1 saat. Hal ini dilaporkan pada 1929 oleh Edwin Hubble ?dengan menggunakan teleskop berkuasa tinggi yang kita kenalia sebagai teleskop hubble kemudian disokong oleh pakar astrofizik dari Amerika seperti Arno penzias dan Robert Wilson pada 1965.

Dan begitu juga disokong oleh saintis lain yang semuanya mengakui bahawa alam ini pada asalnya bercantum padu sebelum berlakunya letupan yang dikenali sebagai Big Bang. Selepas letupan yang hebat itulah alam ini mengembang dan dari situ bermula bintang bintang dan bumi terbentuk.

Jelaslah Al-Quran begitu hebat kerana lebih awal menyatakan mengenai perkara itu yang baru difahami manusia pada abad ke 20. Lantaran itu, beberapa saintis mengagumi Al-Quran antaranya Dr Alfred Kroner yang pernah menjadi dekan di Jabatan Geologi di Institut Of Geosciences di Jerman .

Beliau pernah berkata berhubung ayat ini,"Melihat asal usul Muhammad (s.a.w), saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui bahawa langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama. Ilmu mengenainya hanya baru diketahui beberapa tahun ini menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu, saya rasa tidak akan mampu untuk mengetahui mengenainya. tetapi mengagumkan, Muhammad (s.a.w) mengetahuinya ."

Kita yang beriman dengan Allah dan Rasulnya mengakui perkara di luar jangkaan akal itu adalah firman dan wahyu allah yang diturunkan kepada baginda.

Saya tertarik dengan ucapan Yvonne Ridley yang pernah bercakap di International Islamic Fair di Kuala Lumpur yang anatara lain menyatakan, " Saya tidak pernah mengenali Muhammad sebelum ini tetapi pada hari ini saya sanggup mati demi Muhammad".

Al-Quran mempunyai mutiara yang tiada tolok bandingnya sehingga berjaya mengetuk pintu hati Prof Jefrry Land , seorang pakar Matematik di barat yang memeluk Islam setelah mengkaji Al-Quran. Begitu juga Dr Gary Miller seorang tokoh matematik dan tokoh dalam bidang ilmu teologi Kristian dari Toronto Kanada serta Prof Tejatat tejasan dari Thailand , telah memeluk Islam selepas mengkaji Al-Quran .

Al-Quran membuka hati insan lain sedangkan kita umat Islam bukan sahaja kurang membaca malahan tidak memahaminya. Sampai bila kita hendak menjadikan Al-Quran sebagai buku kitab pinggiran dan menjadikan bahan bacaan lain seperti majalah hiburan sebagai keutamaan?? Sudah sampai masanya untuk kita sedar bahawa Quran itu adalah permata yang menjadi milik umat Islam namum ia sering diabaikan. Kita sibuk dengan perkara lain dan memberikan tumpuan kepada perkara sampingan yang kurang utama dan mengabaikan perkara yang utama .

Kini sudah sampai kesedaran , kita harus bangkit dan sedar bahawa Al-Quran adalah kalam Allah yang merupakan sebesar-besar zikir sehingga Al-Quran digelar "az-Zikir". Justeru itu, marilah kita sama sama menjadikan amalan membaca, memahamai dan cuma mengamalkan apa yang terkandung dalam al-quran sebagai satu cara hidup seharian. Semoga kita akan mendapat keredaan Allah.s.w.t .. sekian

wassalam..

sumber: Petikan buku Misteri Aura dan Energi Zikir (bab 9) . Terbitan DarulNuman

0 share with mummy:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...