Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

DOSA MENIPU!


Menipu merupakan pekerjaan dosa besar, kerana sifat ini
merupakan sifat yang paling menonjol yang dimiliki oleh orang
munafik. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tanda-tanda
orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka
berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila
diberi kepercayaan (amanah) suka khianat".

(Riwayat Bukhari dan Muslim). Balasan bagi orang suka menipu serta tidak amanah ataupun tergolong dalam orang munafik ini sangat pedih
di akhirat nanti. Sekalipun orang munafik atau menipu orang
itu sentiasa merahsiakan sifat kemunafikannya, Allah adalah
Zat Yang Maha Tahu akan membongkar kesalahannya di hadapan
orang-orang Islam apa yang selama ini tersimpan dalam
hatinya.

Allah berfirman maksudnya: "Atau apakah orang-orang
yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahawa Allah tidak
akan menampakkan kedengkian mereka? dan kalau Kami kehendaki
nescaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu
benar-benar dapat mengenal mereka kiasan-kiasan perkataan
mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu"
(Muhammad ayat 29-30)

Dalam sebuah riwayat dikisahkan,merupakan perjalanan yang mengerikan bagi mereka yang suka menipu di akhirat nanti dengan melalui jambatan nereka yang lebih lembut dari helaian rambut. Tidak ada manusia yang mampu melaluinya kecuali atas pertolongan Allah. Bagi kaum munafik atau penipu, tatkala mereka menuju jambatan itu dan
bersama-sama dengan kaum mukminin, mereka mendapatkan cahaya
sebagaimana yang didapati oleh kaum mukminin itu. Nampak
seakan-akan mereka turut melakukan solat, zakat, haji dan
puasa. Namun di tengah jambatan itu, Allah mencabut
cahaya-Nya. Mereka terdiam dan berdiri dalam keadaan bingung,
tak mampu melanjutkan perjalanan. Mereka dipanggil oleh
orang-orang mukmin supaya mendekatinya supaya mereka
memperoleh cahaya, namun mereka tertinggal jauh. Lalu
dikatakan kepada orang munafik atau penipu itu mundurlah ke
belakang. Mereka pun mundur mencari cahaya yang hilang.
Begitulah nasib bagi orang yang menipu.


Apalah gunanya jikalau wajah yg tampan dan tubuh yang kuat tetapi sukar untuk mengerjakan suruhan ALLAH TAALA???

sumber: email fwded

1 share with mummy:

Anonymous said...

I seldom leave comments on blog, but I have been to this post which was recommend by my friend, lots of valuable details, thanks again.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...