Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

RIAK !!!!


perkataan RIAK mengikut maksudnya ialah seseorang yang berlagak atau angkuh dalam sesuatu perkara dan dalam sesuatu keadaan. Maka jelaslah disini sifat riak itu tadi ialah salah satu sifat yang memang tidak disukai dan ianya bukanlah menjadi ajaran dalam agama ISLAM. sepertimana yang di paparkan di bawah ini melalui beberapa sumber yang boleh dipercayai termasuk kitab hadis::

-- Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan AMALAN seseorang iaitu antaranya ialah takbur atau sombong(RIAK)

-- Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, AMALAN tidak mempunyai erti.

-- Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)

-- riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada AMALAN. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan.

-- Allah tidak akan menerima suatu AMALAN yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya.

-- Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

-- Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.” (Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)


sumber: yahoogroups

1 share with mummy:

Cik Raksasa said...

thanx..nadee ambik post ni...untuk belog nadee...btw, nadee dah follow ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...