Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Rahmat Mu Ya Allah....

Assalamualaikum..
Dengan Rahmat Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang kita dapat
bersua kembali di alamaya ini bagi meneruskan info-info untuk kita
renungi bersama. Segala yang baik itu dari Allah dan segala yang
lemah dan silap itu datangnya dari kelemahan diri kita sendiri,,,,,
Wallahua'lam..Dalam meniti hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan,
sebagaimana manusia perlu sering bersyukur kepada Ilahi.
Menghargai apa yang Allah kurniakan pada kita. Membantu
pada yang memerlukan, tidak perlu tamak untuk memilikinya.
Ini semua hanya pinjaman dariNya. Tiada yang kekal di dunia
fana ini. Yang pasti kita akan kembali menemuiNya.

Setiap apa yang kita lakukan perlukan keikhlasan yang terbit
dari cahaya pancaran hati.
Membantu ke arah kebaikkan dan
meringankan bebanan orang lain.
Bukan membantu pada yang
menginginkan kerosakkan pada insan lain.
Ingatlah setiap apa yang dilakukan kejahatan atau kebaikkan
walaupun sebesar zarah pasti akan dihitung nanti.
Jangan kerana perbuatan yang
kita lakukan merupakan perangkap bagi kita terperangkap ke-
dalam terowong yang penuh dengan kesukaran dan mendapat
kemurkaan Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu
yang telah Engkau anugerahkan kepada ku dan kepada dua
ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau
redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam
golongan hamba-hambaMu yang soleh.
(An Naml: 19)


0 share with mummy:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...