Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Pedoman!

Berbagai-bagai cara Tuhan mengajak manusia kepada-Nya, menyeru, merayu,

berjanji, memujuk, mengugut, menawarkan, menyedarkan, menginsafkan. Namun
manusia telinganya tuli, tidak mendengar. Hatinya buta tidak mengerti. Akalnya
tertutup tidak memikirkan. Matanya celik tiada perhatian.

Berani waktu berkuasa, bukan keberanian yang hakiki dan semula jadi. Keberanian
yang hakiki dan semula jadi itu ialah berani menegakkan kebenaran bila-bila masa
dan di mana saja, sekalipun tanpa kuasa.

Benih kejahatan juga sudah sedia ada di dalam hati atau roh manusia iaitu
(fitrah semulajadi), baja penyuburnya adalah didikan yang bercorak syariat,
penyegarnya adalah kejahatan yang berlaku di dalam kehidupan manusia yang
dapat dilihat dan didengar.

-Belum pernah berlaku didunia ini,berlakunya keamanan disebabkan akta dan
undang-undang. Tapi pernah berlaku didunia ini, keselamatan, keamanan dan
kebahagiaan kerana manusia takutkan Tuhan.

-Banyak orang yang berjaya mengalahkan musuh yang ramai menakluki bangsa
yang besar menawan negara yang luas tapi banyak orang yang gagal mengalahkan
nafsu dalam diri.

Banyak orang menyebut nafsu tapi tidak banyak orang tahu bagaimana hendak
membaikkan nafsu. Bila nafsu tidak dapat dibaiki kita telah membuat highway
di dalam tubuh kita untuk perjalanan syaitan. Bila perjalanan syaitan ada di dalam
tubuh kita ertinya setiap detik kita digoda oleh syaitan tapi kita tidak sedar.
Akhirnya kita jadi bola oleh syaitan, dia boleh tendang kita ke mana-mana. Di masa
yang sama ada kalanya kita maki syaitan, syaitan ketawa.

Banyak orang menganggap masa depan itu hanya setakat hidup dunia. Sedikit
sekali yang mengatakan masa depan itu ialah kehidupan di akhirat. Maka ramailah
manusia memikirkan dunia dan sedikit sekali yang memikirkan akhirat.

Banyak orang mencari kebahagiaan bukan dengan Tuhan tapi dengan makhluk.
Padahal lumrah berlaku kepada manusia tapi manusia tidak juga mengambil iktibar
dan pengajaran. Ada isteri cantik banyak kerenah pula. Banyak harta ditimpa
penyakit bermacam-macam jenis pula. Ilmu banyak kerana kesombongan manusia
benci pula. Pangkat tinggi banyak pula orang benci kerana sikapnya. Akhirnya
kebahagiaan yang diburu tidak juga kunjung-kunjung tiba. Setengah orang semua
keistimewaan dunia dimilikinya Allah datangkan seribu masalah pada dirinya.
Kebahagiaan berkecai di dalam nikmat yang serba ada dan mewah pula. Oleh itu
carilah Allah dia adalah sumber segala kebahagiaan.

Bagaimana hebatnya kita, dan walau sebesar manapun rumah kita bila kita mati
rumah pertama yang kita masuki ialah keranda sebesar saiz badan kita, kemudian
kita dipindahkan ke lubang kubur kiri-kanan tanah, atas tanah, sangat sempit dan
terhimpit hendak ada sebarang lampu yang meneranginya.






0 share with mummy:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...