Pertahanan diri manusia itu atau benteng diri manusia itu, bukanlah fizikalnya tetapi jiwanya.
Dengan kata-kata yang lain jati diri manusia bukan fizikalnya,tetapi rohaninya atau jiwanya.
Yang merasa susah dan senang itu adalah jiwa manusia. Kalau manusia itu lemah sandaran-
nya kepada Tuhan,lemahlah bentengnya atau lemahlah jati dirinya. Kalau manusia itu kuat
sandarannya kepada Tuhan teguhlah atau keballah jati dirinya atau benteng dirinya.
Fizikal manusia itu mengikut jiwanya. Kalau rapuhlah jati manusia, robohlah fizik manusia.
Jati diri manusia roboh berbagai-bagai peringkatnya, ada yang ringan, ada yang serius, ada
yang punah ranah yang sudah tidak boleh dibetulkan. Kalau jati diri manusia tidak dapat
dipulihkan, hidup ini tidak ada erti lagi kepada manusia sekalipun kaya, ada nama, ada kuasa,
ada ilmu dan sebagainya.Mula-mula jati manusia dia rosak sedikit-sedikit, macam tiang
dimakan anai-anai yang mula-mulanya sedikit-sedikit sahaja tetapi bila lama-lama bila
dibiarkan, akhirnya tiang itu roboh dan berkecai.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 share with mummy:
rapuh benteng diri
rapuh nya hati
rapuh nya iman
rapuh nya erti kehidupan
Post a Comment