Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

~~~RahmatMu~~~

Salam,
Dengan Rahmat Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, kita dapat bersua kembali di alamaya ini bagi meneruskan info-info untuk kita renungi bersama. Jika ada yg terasa hati dgn semua info didlm blog ini, anggaplah ianya hanya satu nasihat yg perlu ditelan walaupun pahit!
Ingat lah Segala yang baik itu dari Allah dan segala yang
lemah dan silap itu datangnya dari kelemahan diri kita sendiri...
Wallahua'lam....




Dalam meniti hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan, sebagaimana manusia perlu sering bersyukur kepada Ilahi. Menghargai apa yang Allah kurniakan pada kita. Membantu pada yang memerlukan, tidak perlu tamak untuk memilikinya.

Ini semua hanya pinjaman dariNya. Tiada yang kekal di dunia fana ini. Yang pasti kita akan kembali menemuiNya.
Setiap apa yang kita lakukan perlukan keikhlasan yang terbit dari cahaya pancaran hati. Membantu ke arah kebaikkan dan meringankan bebanan orang lain. Bukan membantu pada yang menginginkan kerosakkan pada insan lain. Ingatlah setiap apa yang dilakukan kejahatan atau kebaikkan walaupun sebesar zarah pasti akan dihitung nanti. Jangan kerana perbuatan yang kita lakukan merupakan perangkap bagi kita terperangkap ke-
dalam terowong yang penuh dengan kesukaran dan mendapat kemurkaan Tuhan.

Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepada ku dan kepada dua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.
(An Naml: 19)

0 share with mummy:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...