Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Rejab datang lagi...

Sudah 2 Jun kita hari ini dan malam ini selepas maghrib bulan Rejab akan menyusul. Bila dah masuk bulan rejab maka masa akan berlalu pantas untuk sampai ke Ramadhan. Ayuh kita berdoa agar Allah Subhanawataala memanjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini.

Nota: Sekadar peringatan, kepada sesiapa yang belum diganti puasa tahun lepas, jangan terlepas pandang pula ye!


alhamdulillah…alhamdulillah…segala puji hanya aku tuju buatMu ya Rabbi…Selawat serta salam buat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga baginda, para sahabat baginda dan seluruh muslimin wal muslimat, mukminin wal mukminat yang sentiasa menegakkan Deen Allah sama ada yang telah menemui syahid atau yang masih berjuang…


Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Penyayang terhadap hamba-hambaMu…walaupun hamba-hambaMu sentiasa lupa kepadaMu, walaupun hamba-hambaMu sering mengingkari perintahMu, walaupun hamba-hambaMu melengahkan perintahMu tapi Engkau tidak pernah melupakan mereka, masih mengekalkan segala nikmat yang telah diberikan kepada mereka dan Engkau sentiasa membimbing serta memimpin mereka ke jalan yang Engkau redhai…


Wahai sahabat-sahabat yang aku sayangi kerana Allah, mohonlah pada Allah sekiranya memerlukan pertolongan di samping berusaha…sabarlah dengan kesusahan yang datang…sesungguhnya selepas itu akan ada kesenangan…


pesanan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kepada Ibnu ‘Abbas : “Wahai ghulam (panggilan untuk anak kecil), mahukah aku ajarkan kepada engkau beberapa perkara?” Ibnu ‘Abbas menjawab : “Mahu, ya Rasulullah.” Rasulullah kemudian bersabda : “Peliharalah Allah, nescaya Dia Akan memelihara kamu. Peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapatinya di hadapanmu. Jika engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Jika engkau memohon pertolongan, maka pohonlah kepada Allah. Ingatlah Allah ketika engkau dalam kesenangan, nescaya Allah akan mengingatimu ketika engkau dalam kesusahan. Pen telah diangkat dan lembaran suhuf telah kering. Sekiranya manusia berkumpul untuk memberi sesuatu kepadamu yang tidak ditetapkan oleh Allah, maka mereka tidak akan dapat melakukannya. Dan sekiranya mereka juga berkumpul untuk menghalang sesuatu daripadamu yang telah ditetapkan oleh Allah, maka mereka tidak akan dapat melakukannya. Ketahuilah bahawa bagi setiap kesukaran itu ada kelapangan dan bagi setiap kesusahan itu ada kemudahan.” (Al-Hadis)

**Segala-galanya berkemungkinan hanya dengan ketentuan Allah Subhanawataala sahaja.

sumber: Al Hikmah

0 share with mummy:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...