Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Muhasabah Diri


Orang yang paling derita jiwanya, orang hasad dengki
Sakit hati, derita, kecewa, marah, gelisah
Lihat sahaja orang lebih darinya, sakit hati
Ingin mengusahakan orang itu hilang nikmat darinya
Nikmat bertambah pada orang itu
Aduh! Marahnya meluap-luap, kecewanya bertambah parah
Lebih-lebih lagi ingin jatuhkan atau rosakkan orang, dia pula yang terjatuh..
Wah! Hatinya bertambah marah dan parah
Apabila orang makin berjaya, dia sebaliknya, hatinya semakin tidak tenang...
Hilang ketenangan, fikiran tidak menentu dan bercelaru
Semakin berjaya musuhnya, semakin derita dan kecewa jiwanya
Begitulah keburukan orang yang hasad dengki
Jiwanya tidak pernah tenang dan senang
Kalaupun ALLAH tidak menghukum
Derita jiwanya itu pun sudah cukup sebagai hukuman kepadanya...
Janganlah menjadi orang yang hasad dengki
Akibatnya engkau menghukum diri sendiri
Jadi mari kita sentiasa berbaik sangka hidup akan lebih dahsyat!!!!

— Salam kasih dari ku..

0 share with mummy:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...