Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

“JIRAN” di Kiri dan Kanan.

Di kiri kanan kita ada “jiran” yang tidak pernah berenggang dengan kita. Antara kita dengan mereka tiada dinding atau hijab. Antara kita dan mereka juga tiada rahsia. Mereka tahu segala nawaitu, ucapan, dan perbuatan kita. Belum lagi sempat kita kemas kini status di dinding Facebook, mereka terlebih dahulu mencatat. Pantas.


Apabila hati baru merancang ingin melakukan kebaikan, mereka telah merekodkannya walaupun belum lagi buat. Belum buat sudah diambil kira. Hebat sungguh komitmen mereka memastikan segala dairi hidup kita direkodkan secara sistematik dan tiada satu pun yang tertinggal.


Jika kita mampu berfikir sejenak, agak-agaknya “jiran” kita yang mana lebih sibuk??? Jiran di sebelah kanan ataupun kiri??? Jiran yang mencatat amalan baik ataupun buruk??? Jiran yang bernama Raqib atau Atid???


Ada satu cadangan menarik yang boleh dikongsi bersama. Boleh kita sama-sama berazam melakukannya??? Apa kata kita bagi malaikat Atid “bercuti” atau buat kerja yang paling manimum??? Malaikat Raqib memang lebih molek bekerja keras dan lagi bagus kalau tiada masa rehat. Kenapa?? Kerana itu tanda kita sedang mencari bahagia di dunia dan insyaAllah akan terus bahagia di akhirat kelak.

0 share with mummy:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...