Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Seorang Suami....


Suatu hari seorang wanita bersama suaminya menemui khalifah Umar bin al-Khattab. Dengan wajah seribu harapan, wanita tersebut meminta khalifah Umar agar mengizinkan dirinya bercerai dengan suaminya.

“Wahai Amirul Mukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula suamiku ini. Bebaskanlah aku daripadanya.” Ucap wanita itu penuh mengharap.

Tetapi Umar tidak segera menjawab permohonan itu. Beliau memandangh ke aragh suami wanita itu. Rambutnya kusut masai, kukunya panjang, janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara berpakaiannya benar-benar tidak sedap mata memandang.

Lalu Umar memberi isyarat kepada lelaki itu. Beliau memerintahkan lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyisirnya dengan rapi. Maka lelaki itu pun pergi melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Umar.

Tidak berapa lama kemudian, lelaki itu dating kembali. Lalu Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memegang tangan isterinya yang langsung tidak mengenalinya. Wanita itu terkejut kerana ‘lelaki asing’ itu memegang tangannya lantas berkata: “Wahai hamba Allah. Subhanallah! Apakah engkau tidak malu melakukan perkara seperti ini di hadapan Amirul Mukminin?”

Melihat keadaan tersebut, Umar tersenyum lalu menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa lelaki yang menggengam tangannya itu ialah suaminya sendiri.

Dengan tersipu-sipu, wanita itu berkata kepada khalifah bahawa ia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Akhiranya pasangan itu pun kembali dengan mesra bergandingan tangan.

"Begitulah seharusnya para suami mempersembahkan diri kepada si isteri. Sesungguhnya isteri lapang hatinya apabila suami berhias untuk mereka, sebagaimana suami berasa tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka," kata Umar mengakhirinya

0 share with mummy:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...