Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

AKU LEBIH BAIK DARI KAMU ?




Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Takabbur sebenarnya adalah hak mutlak dan eksklusif Allah S.W.T. 
Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencabarNya. Orang yang takabbur pasti akan lebur. 
Mereka akan musnah di dunia dan akan terseksa di akhirat. Ini ditegaskan sendiri oleh Allah S.W.T. melalui sebuah hadis qudsi.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Allah S.W.T. berfirman: "Kesombongan adalah selendang-Ku dan Kebesaran adalah Sarung-Ku. Maka sesiapa bersaing dengan-Ku pada salah satu daripada kedua-duanya, maka pasti Ku lemparkan ia ke dalam Jahannam".
(Riwayat Abu Daud, no: 4092 dan Ibn Majah, no:4147).

SEJARAH TAKABBUR

Kederhakaan pertama dalam kalangan makhluk terhadap Allah S.W.T ialah keengganan iblis dalam mematuhi perintah Allah untuk sujud hormat kepada Nabi Adam a.s.
Tidakkah ini disebabkan rasa takabbur?

Iblis yang merasakan dirinya lebih baik, tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam a.s. hanya kerana dirinya diciptakan daripada api berbanding Nabi Adam yang dicipta daripada tanah.

TANDA TAKABBUR

1) Tidak suka berdoa
2) Mudah terluka dan melukakan hati orang lain.
3) Sukar memberi dan meminta maaf.
4) Memotong cakap orang lain.
5) Gila kuasa dan jawatan.
6) Cara berpakaian dan berjalan yang angkuh.
7) Gila pujian.  Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya.
9) Tidak suka berziarah.

0 share with mummy:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...