Salam untuk semua...
udah2 lah tu kita cite pasal aku dan daddy korang... so meh sini kita cite pasal petiais kita kat umah tu..... kdang2 bila bukak peti ais tu macam2 ada kan... silap2 haribulan 'kondom" pun pernah tercampak kat dalam tu... tak percaya? percaya lah.. sebab aku pernah jumpa menatang tu kat dlm petiais umah kawan aku.... kakakakaakakak... soiiiiiiiiiiiiiiiii je kan.... sumpah aku tak akan dahaga bila pergi umah dia.... eeeeeeeeeeeee.... kembang tekak aku....
so meh kita tengok cara2 dan tips menyimpan makanan dlm peti ais......
TIP MENYIMPAN MAKANAN DALAM PETI AIS
Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dalam hal ini:
1. Kapasiti
Jangan isi peti ais terlalu penuh sehingga mengganggu aliran udara di dalamnya. Jika telalu penuh, peti ais tidak akan dingin secara optimum. Secara ideanya isikan sebanyak 85 peratus sahaja dan 15 peratus lagi untuk pengaliran udara.
2. Makanan Kering
Tidak perlu menyimpan makanan kering dalam peti ais. Ikan masin dan keropok umpamanya, cukup sekadar disimpan dalam bekas tertutup, diletakkan di tempat yang kering dalam suhu bilik.
3. Daging
Daging boleh tahan selama sebulan jika disimpan dalam peti ais. Potong daging, masukkan dalam bekas plastik dalam jumlah yang memadai untuk sekali masak, ikat rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Ini memudahkan anda ketika memasak, hanya ambil yang berkenaan, cairkan kembali dan terus memasak. Jika anda simpan dalam jumlah besar sekali gus, katakan dua kilogram tetapi anda hanya perlukan setengah kilogram, untuk dimasak, anda perlu mengeluarkan semuanya sekali dan menunggu ia cair dahulu, sebelum menyimpan bakinya. Proses ini boleh menyebabkan daging tercemar dan mengurangkan gizinya. Ini kerana ketika mencairkannya, zat mungkin dicairkan sekali bersama ais.
4. Ikan
Sebelum disimpan, ikan harus dibersihkan, buang insang, isi perut dan sisik. Kemudian bungkus rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Udang biasanya akan mempunyai bercak-cak hitam jika terlalu lama disimpan dalam ruang dingin beku.
5. Sayur-sayuran
Ruang sayur-sayuran biasanya terletak bahagian paling bawah. Sayur-sayuran mempunyai sifat yang cepat layu. Kalau ingin lebih segar, sayur-sayuran boleh dibungkus rapat dalam plastik. Jangan simpan sayur di ruang dingin, seperti chiller di bawah ruang dingin beku. Ia akan menyebabkan dinding sel-sel pecah kerana ia tidak dapat menahan cairan.
6. Makanan
Ada makanan yang harus disimpan dalam bekas bertutup rapat untuk mengelakkan berbau. Susu misalnya antara makanan yang mudah tercemar. Makanan dalam tin yang sudah dibuka boleh dipindahkan ke dalam gelas atau bekas melamin, ditutup rapat kemudian disimpan dalam peti ais. jangan disimpan dalam tinnya kerana ia boleh mengakibatkan pengoksidaan. Makanan yang dibolehkan adalah buah-buahan dalam tin.
7. Sos dan kicap
Botol sos dan kicap yang sudah dibuka lebih baik disimpan dalam peti ais. Namun pastikan botolnya bertutup rapat.
8. Sisa Roti
Roti tawar tidak tahan lama jika disimpan dalam suhu bilik, apatah lagi pada musim hujan yang lembap. Bungkus rapat-rapat dengan plastik, simpan dalam peti ais. Jika hendak dimakan, anda boleh mengukusnya selama satu minit dengan mendidihkan air terlebih dahulu. Jika terlalu lama, roti akan lembik terkena wap air.
9. Kebersihan
Bersihkan peti ais sekali dalam sebulan. Defrostkan supaya ais dalam ruang dingin beku dan chiller mencair. Matikan aliran elektrik. Lap seluruh dinding dengan air suam-suam kuku yang dicampurkan sedikit soda untuk menghilangkan bau. Keluarkan semua rak, cuci dengan sabun, bilas, keringkan dengan baik sebelum dipasangkan semula. Periksa secara berkala bekas takungan air di bahagian belakang atau bawah peti asi. Jika penuh, segera kosongkan supaya tidak menjadi tempat nyamuk membiak.
psst>> hari ni aku agak busy sikit.. malam2 nanti aku jelajah blog u all semua ok..!! jgn ambik hati tau...
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 share with mummy:
ada ker kondom perlu dibekukan? hahaha
waduh..waduh..manyak nye maknan!!
kemas nye peti ais kak ke tu? besaq sungguh na...
ok kak, thanx for the tips... balik nak ngemas peti ais lak ni.
Wahh info yg berguna!
shida nyer fridge jgn kan 85%.. 25% pun lom tentu penuh ;P
Apapun thanks coz share this info!!
Kdg2 kite ni selagi buleh sumbat sumer dlm peti ais sampai bile bukak tuh berterabur jth, itu keje anak buah saya la tuh. Robot dia pun masuk peti ais.
sib baik kicap mmg letak lam esbok..kak beso nye peti ais ko kak..hehe
"gerobok batu" sapa tu? kemas jerrrr... yes, i pun dah lama tak cuci gerobok batu kat rumah, silap haribulan kat compartment bawah tu ada anak tikus... if not anak ikan....hikssss...
uihhhhhhh, kemasnyer esbok mummy..
kak....ape motif kawan akak simpan kondom kat peti ais....hehehehe....bgusla akak bg tip ni...blehla saya pratik kan...lps ni nak pi cuci peti ais....hehehe
good tips la mummy. thanks
dah lama tk sempat nk spring cleaning peti ais
happy anniversary mummy...sor lambat wish
mummy, saya nak taruh stokin lam peti ais, sesuai dak? hehehe....mengelakkan kehilangan...salam terjah...
cis siot jek dalam peti ais ada kondom.. eeee.. wah kemas n bersih lah peti ais mummy nie.. adehh cam nak beli peti ais besor cam mummy lak hehehe leh sumbat cik mya lak muakakakaka
tks for the tips mummy. lagi 1 kan org kata tanak sayur cepat layu bleh balut dgn sokkabar. ye ke ek?
thanks for the info mummy .. tapi kondom dlm peti aisssss???? naya sungguh!
thanx for the tip mummy... tak sangka, peti ais pun kena ada protokol.. :D
p/s : eiiiiii... betui ka kwn mummy ltk kondom dlm peti... uweeeeekkkk... tak lalu plak...
kak jah balut sotkabar pun blh gak..
tapi bibik kwn saya kata bungkus dlm peket susu/ milo (yang kat dlm dia tu kale kelabu)..katanya lagi tahan lama dr sotkabar...
ps:mummy kemas2 dulu ye esbok tu sblm post pic kat blog..hehehe..jgn marah mummy....
bla sebuat psl peti ais.. terus teringat ada ayam yg berusia 4 bulan dlm tuh..huhuhuhuhuhu.....
Saya dengar lagu hindustan dlm blog mummy rasa macam duduk di Alor Star 20 tahun lalu.
Ada orang hantar kepada saya tip-tip tersebut di bawah, saya pun panjangkan kepada mummy. kalau tak ok, mummy padam sahajalah, rasa ok ja.
______________________________________
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh asal makan je.
Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis,lumpuh,
sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini,
tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak
pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya
Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan
kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? cobalah?..
Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah
mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan
yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam
makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap
kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah
jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah
membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang
membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter
ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan
mengalir ke ruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu
10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).
Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya
Allah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"
fridge mummy ke tu....kemas nye..
tk senonohnye mummy leh jumpa kondom dlm fride kwn mummy...ish!dahsyat sungguh.
kenapa kondom nak letak dalam peti ais lak?
besar peti sejuk mummy
bestnyher....mcm2 ada ..
Post a Comment