Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tips lagi....

Salam semua....
seperti biasa, bila aku tak update bermakna aku busy.. bukan busy sikit2 tapi busy giler... rondo blog korang aku buat mana yang sempat... masa tengah lunch ke, meeting ke.. kalau boring sangat, aku lompat2 lah kat blog korang, sebab sudah pasti meeting tu memboring kan... kekekekeek

So pagi ni, masa aku nak reply semua komen korang, ada sorang hamba allah ni dah kasi tips yang panjang berjela ni kat komens box aku, setelah aku baca2, menarik jugak info ni.. dan yang macam korang semua tahu... bila aku dapat sesuatu yang menarik maka aku tak akan ter agak2 nak kongsi bersama2 korang semua....
nahhh.. here we go... korang baca lah ya....
aku nak buat keje dulu.....
Blogger Leenoh said...
November 27, 2008 12:12 AM
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh asal makan je.

Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis,lumpuh,
sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.

Apabila anda telah mengetahui ilmu ini,tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak
pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya
Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? cobalah?..

Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh ilmuwanyang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam
makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa).

Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang
membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu
10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).


Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

TIPS....

Salam untuk semua...
udah2 lah tu kita cite pasal aku dan daddy korang... so meh sini kita cite pasal petiais kita kat umah tu..... kdang2 bila bukak peti ais tu macam2 ada kan... silap2 haribulan 'kondom" pun pernah tercampak kat dalam tu... tak percaya? percaya lah.. sebab aku pernah jumpa menatang tu kat dlm petiais umah kawan aku.... kakakakaakakak... soiiiiiiiiiiiiiiiii je kan.... sumpah aku tak akan dahaga bila pergi umah dia.... eeeeeeeeeeeee.... kembang tekak aku....

so meh kita tengok cara2 dan tips menyimpan makanan dlm peti ais......


TIP MENYIMPAN MAKANAN DALAM PETI AIS

Beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dalam hal ini:

1. Kapasiti
Jangan isi peti ais terlalu penuh sehingga mengganggu aliran udara di dalamnya. Jika telalu penuh, peti ais tidak akan dingin secara optimum. Secara ideanya isikan sebanyak 85 peratus sahaja dan 15 peratus lagi untuk pengaliran udara.

2. Makanan Kering
Tidak perlu menyimpan makanan kering dalam peti ais. Ikan masin dan keropok umpamanya, cukup sekadar disimpan dalam bekas tertutup, diletakkan di tempat yang kering dalam suhu bilik.

3. Daging
Daging boleh tahan selama sebulan jika disimpan dalam peti ais. Potong daging, masukkan dalam bekas plastik dalam jumlah yang memadai untuk sekali masak, ikat rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Ini memudahkan anda ketika memasak, hanya ambil yang berkenaan, cairkan kembali dan terus memasak. Jika anda simpan dalam jumlah besar sekali gus, katakan dua kilogram tetapi anda hanya perlukan setengah kilogram, untuk dimasak, anda perlu mengeluarkan semuanya sekali dan menunggu ia cair dahulu, sebelum menyimpan bakinya. Proses ini boleh menyebabkan daging tercemar dan mengur
angkan gizinya. Ini kerana ketika mencairkannya, zat mungkin dicairkan sekali bersama ais.

4. Ikan
Sebelum disimpan, ikan harus dibersihkan, buang insang, isi perut dan sisik. Kemudian bungkus rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Udang biasanya akan mempunyai bercak-cak hitam jika terlalu lama disimpan dalam ruang dingin beku.

5. Sayur-sayuran

Ruang sayur-sayuran biasanya terletak bahagian paling bawah. Sayur-sayuran mempunyai sifat yang cepat layu. Kalau ingin lebih segar, sayur-sayuran boleh dibungkus rapat dalam plastik. Jangan simpan sayur di ruang dingin, seperti chiller di bawah ruang dingin beku. Ia akan menyebabkan dinding sel-sel pecah kerana ia tidak dapat menahan cairan.

6. Makanan
Ada makanan yang harus disimpan dalam bekas bertutup rapat untuk mengelakkan berbau. Susu misalnya antara makanan yang mudah tercemar. Makanan dalam tin yang sudah dibuka boleh dipindahkan ke dalam gelas atau bekas melamin, ditutup rapat kemudian disimpan dalam peti ais. jangan disimpan dalam tinnya kerana ia boleh mengakibatkan pengoksidaan. Makanan yang dibolehkan adalah buah-buahan dalam tin.

7. Sos dan kicap
Botol sos dan kicap yang sudah dibuka lebih baik disimpan dalam peti ais. Namun pastikan botolnya bertutup rapat.

8. Sisa Roti
Roti tawar tidak tahan lama jika disimpan dalam suhu bilik, apatah lagi pada musim hujan yang lembap. Bungkus rapat-rapat dengan plastik, simpan dalam peti ais. Jika hendak dimakan, anda boleh mengukusnya selama satu minit dengan mendidihkan air terlebih dahulu. Jika terlalu lama, roti akan lembik terkena wap air.

9. Kebersihan
Bersihkan peti ais sekali dalam sebulan. Defrostkan supaya ais dalam ruang dingin beku dan chiller mencair. Matikan aliran elektrik. Lap seluruh dinding dengan air suam-suam kuku yang dicampurkan sedikit soda untuk menghilangkan bau. Keluarkan semua rak, cuci dengan sabun, bilas, keringkan dengan baik sebelum dipasangkan semula. Periksa secara berkala bekas takungan air di bahagian belakang atau bawah peti asi. Jika penuh, segera kosongkan supaya tidak menjadi tempat nyamuk membiak.



psst>> hari ni aku agak busy sikit.. malam2 nanti aku jelajah blog u all semua ok..!! jgn ambik hati tau...

No Man is PERFECT..!


just for sharing info (aku dapat email ni semalam dan suka sangat nak berkongsi dengan korang semua dipagi pagi jumaat ini..., semuga kita dapat menjadikan info ini sebagai laluan kita dalam mengharungi kehidupan berumah tangga...)..

Seorang isteri mengadu begini kepada saya,

"Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu.
Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak² dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya,

skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat?
Kalau Dr. tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah², anggaplah dia satu²nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahgiaan bersama.


Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.
Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal di kecapinya skrg.

Lalu saya perjelaskan,

kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila?


Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.


Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata² kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau MELESET bagaimana? Kalau kebahagiaan yang iidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?


Setelah anda Diijab-kabul, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.


JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.

JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.

INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.


Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing² gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mek anis me-mek anis me nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu di buru walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata "NO MAN IS PERFECT".


**Kekayaan seseorg bkn diukur dr byk harta tapi dr kekayaan jiwa..**

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...