Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Sifat Manusia....


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta,
nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai
dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan
memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah
sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.”
Riwayat Ahmad...
Huraian

i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan
dengki terhadap kelebihan orang lain.

ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia
akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga
hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat
daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan
sesama sendiri.

iii) Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa
bersyukur
kepada Allah kerana dengan bersyukur
hati kita akan tenang
dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak
di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yang
menentukannya adalah Allah S.W.T. Bahkan Allah telah
berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah
sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur).

iv) Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana
iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana
dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan
sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama
dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.


0 share with mummy:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...