Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Hamil? Puasa?

Salam Jumaat untuk semua...

Ini ada artikel yang aku dapat kat email dan aku rasa harus dikongsi bersama2.. walaupun tak hamil, tapi mana tahu esok2 nak hamil kan... kekekekeke
SECARA umumnya, hamil bukanlah penghalang untuk berpuasa, meskipun kandungan semakin membesar, lebih-lebih lagi jika anda sihat dan tidak berhadapan dengan komplikasi.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada di kalangan wanita hamil terutama di awal kehamilan, berhadapan dengan alahan yang teruk hingga menyukarkan mereka berpuasa.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Fatimah Najla Mohd Jaafar, berkata secara lumrahnya wanita hamil mempunyai pola pemakanan bersifat ‘makan sikit tetapi kerap’.
"Kebanyakan wanita hamil mempunyai masalah angin, perut kembung, reflux dan gastrik. Disebabkan masalah ini, kebanyakan wanita hamil tidak boleh berpuasa," katanya,

Beliau berkata, bagaimanapun, kajian yang dilakukan di Afrika mendapati 90 peratus wanita hamil boleh berpuasa ketika Ramadan.

"Apabila kehamilan sudah masuk minggu empat hingga enam, biasanya wanita terbabit jarang menghadapi masalah ketika berpuasa," katanya.

Dr Fatimah berkata, memang menjadi lumrah pada hari awal berpuasa, ibu hamil mudah berasa lapar tetapi selepas beberapa hari menjalani ibadah itu, keadaan mereka akan bertambah baik.

Katanya, ibu hamil tidak perlu risau kerana berpuasa tidak akan menyebabkan janin dalam kandungan tidak mendapat nutrisi yang mencukupi kerana ia mendapat makanan daripada zat yang tersimpan di dalam lemak dan hati ibu.

"Bagaimanapun, apabila usia kandungan mencecah ke tiga bulan terakhir, ada ibu hamil yang berhadapan dengan masalah dalam berpuasa termasuk terdedah kepada pelbagai komplikasi," katanya.

Antara komplikasi yang biasa katanya, rahim akan menekan dinding perut menyebabkan perut mengeluarkan lebih banyak asid sehingga menyebabkan ulu hati terasa pedih.

Justeru, katanya mereka akan berasa tidak selesa dan lapar. Keadaan ini lazimnya membuatkan mereka tidak mampu untuk berpuasa.

Selain itu, bagi wanita yang berhadapan dengan masalah kencing manis, mereka juga sukar untuk berpuasa.

"Ada wanita yang mengalami kencing manis sebelum dia hamil. Ada yang diserang kencing manis setiap kali hamil. Apapun, mereka perlu memberitahu doktor masalah itu bagi membolehkan mereka diletakkan dalam pemerhatian dan insulin sejak awal kehamilan," katanya.

Bagi wanita yang menghidap kencing manis sebelum hamil, mereka memerlukan insulin sebanyak tiga kali setiap hari. Keadaan ini semakin bertambah teruk apabila kandungan masuk minggu ke 28 dan 32.

Bagi wanita yang diserang kencing manis setiap kali hamil, mereka harus berhati-hati. Ini kerana kencing manis biasanya tidak di awal kehamilan, sebaliknya apabila kehamilan mencecah minggu 28 ke atas.

"Biasanya kencing manis jenis ini akan 'pergi' selepas wanita melahirkan anak tetapi berisiko untuk diserang diabetes pada usia tua. Biasanya ia diwarisi secara genetik menerusi ibu atau ayah yang diabetik.

"Ibu hamil yang diabetik, kalau tidak mengambil makanan mereka akan lesu, lapar dan tubuh menggigil. Justeru, sukar untuk mereka berpuasa," katanya.

FAKTA: Petua Ibu Hamil Berpuasa

Makan sahur, ambil makanan berat seperti nasi dan makan dengan kenyang.

Jika tertinggal sahur, lebih baik jangan berpuasa.

Ambil multivitamin seperti asid folik tetapi jangan makan ketika bersahur kerana ia hanya akan menyebabkan rasa lapar beberapa jam selepas sahur, sebaliknya ambil selepas berbuka atau selepas waktu Isyak

Lebihkan pengambilan kalsium sama ada dalam bentuk tablet atau susu.

Jangan minum banyak teh dan kopi serta jangan makan makanan pedas ketika berbuka, selain makanan berangin seperti nangka.

Lebihkan pengambilan serat.

Jangan terlalu banyak makan ais krim dan coklat sebaliknya gantikan dengan kurma.

::Selamat Berpuasa Untuk semua ibu2 hamil... Yang tak hamil pun selamat berPuasa gak... hehehehe:::

13 share with mummy:

julietchun said...

Lagu kat blog mummy ni mendayu sungguh.Kekdg yg tak hamil pun mengaku hamil bila tibe bln posa.

~ Lady ell ~ said...

Ell 3 kali hamil masa puasa..semua brjln lancar je...

dh 12 hari dh kita berpuasa.cepatnya masa berlalu..ntah sempat tk nk tmbah pahala lagi..n slmt berpuasa mummy...

Anonymous said...

Alhamdulilah nana sihat walaupun dh msk 5 bln hamil.

Btw, gd information mummy :)

p/s : nana x penah ponteng pose lg thn ni!

ras-adieza said...

mummy saya dulu masa ngandung yang sulong, best....dapat puasa penuh tak tinggal 1 haripun.

ita.itu said...

sibbaik sy x hamil..hehe

shafa said...

kesimpulannye...rancang betul22....
heheheheh

Teman2 Sekalian said...

juliet..
best kan dengar lagu annuar tu.. hehehe.. mummy pun suka ...

ell..
alhamdulillah... kan ell.. nikmat puasa tu mesti berlainan sekali..

Teman2 Sekalian said...

nanacun..
bravo nana.. petang ni kita pi bukak puasa kat megah restoran pulak kay... hehehehe

ras..
alhamdulillah yang... bertuah ras dpt merasa hamil dlm bulan puasa..

Teman2 Sekalian said...

ita..
heheheh.. kaedahnya.. marilah kita hamil beramai2 dlm bualan puasa...
hehehehe

shafa..
boleh rancang ke? mummy asyik tak jadi je.. hehehehehe

mummysyafie said...

kiter waktu mangandung abang dulu kena bulan puasa mummy..tapi mmg tak dapat puasa penuh. rasa rugi jerr

ratna said...

kak..thanx for the info. alhamdulillah.. saya tak der apa2 masalah sgt posa tgh pregnant ni. mmg saya mkn kurma masa berbuka & sahur dan saya minum air byk.

Teman2 Sekalian said...

mummysfafie..
tak dapat puasa penuh pun bukan sengaja yang.. untuk kebaikan anak kita juga... hehehe

ratna..
bagus ratna.. semuga kandungan ratna sihat walafiat..

dakgilachoc said...

good info..thanks mummy...:) leh jadikan panduan dimasa depan ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...