Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

NUZUL AL-QURAN

Selamat bercuti untuk negeri2 yang bercuti, sempena menyambut Nuzul Al-Quran hari ni....

disini aku nak paparkan pengertian Nuzul Al-Quran...

aku dapat ni dalam email pagi tadi.. then terfikir jugak, why not aku kongsi bersama2 kawan yang aku sayangi sekelian.. sebab kita ni kadang2 tahu dengar je Nuzul Quran.. then seronok2 pi shopping sempena cuti Nuzul AlQuran.. tanpa mengetahui kenapa kita bercuti untuk hari Nuzul Quran ni... aku cakap bukan untuk orang lain, tapi untuk diri aku dan juga anak2 aku juga...

so meh kita semua ramai2 baca dan faham apa maknanya Nuzul Al-Quran ni....

BERSABDA RASULULLAH SAW "Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"

NUZUL AL-QURAN

Sejarah al-Quran:

Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.

Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran:

‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.

‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Nama-Nama Lain:

Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain.

Proses Penurunan al-Quran:

Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari (23 tahun).13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.

Kehebatan al-Quran:

1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta
ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud:
“ dan jika kamu
merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah
satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu,
selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”
(al-Baqarah, ayat 23).

5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan
kepada Nabi saw.

6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara
menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan
keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan
mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)

8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”

Tuntutan al-Quran:

Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.

  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.

Peringatan:

  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.

Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).


22 share with mummy:

julietchun said...

Tak suma org fhm mksd Nuzul Al-quran ni sekarang.Btl mummy ckp org sbt Nuzul Al quran bleh gi sopping raya,atau pun relax2 kat umah.

ita.itu said...

ko cuti ye kak...sure jalan ek..hehe

shafa said...

Thank mummy kerana berpesan2. P jalan mana i ni? ke dekat umah jer?

MNN said...

mummy, office anakanda tak cuti... :(

nono said...

salam,

slmt bercuti mummy...ekekeke..thanks sbb sudi/selalu jenguk2 blog "hudoh" NONO..labiu mummy...nak alamat leh??..:)

en_me said...

selamat bercuti akak lieza ittewww.. salammmz

eedany said...

kat sabah tak cuti lah mummy...tapi semalam 16/9 sabah dan sarawak cuti sempena Pembentukan Malaysia...Selamat Bercuti mummy.

TQ again for sharing.

:)

IBU KUMBANG said...

selamat bercuti mummy... love you!

Mummy Lieza said...

juliet..
dulu2 pekara ni pun jadi pada mummy..
nuzul je.. terus happy sebab dapat cuti... hehehe

ita..
akak pi kl tadi.. tapi jalan banyak tutup.. jadi akak terus balik je.. hehehe

Mummy Lieza said...

shafa..
mummy pi Kl jap je.. pastu balik umah melepak... hehehe

MNN..
kesian anakanda mummy ni.. takpa.. kerja rajin rajin ok..

Mummy Lieza said...

nono..
nak alamat? boleh.. nanti kita YM YM ok...

en_me..
salamzzzzzzz en_me
thanx sebab sudi jenguk mummy ni...

Mummy Lieza said...

eedany..
thanx darling..

IK..
selamat bercuti juga.. and love you too gak.. hehehe bila nak jumpa mummy ni.. jom kita pi mydin.. hehehe

Cakap Kosong said...

mummy cutikan? boleh lah sopping raya.

cendawanintim said...

mekasih mummy tuk info berantai nih..

selamat bercuti gak..

veeda_areena said...

takkkbirrrrrrrrr............

Mummy Lieza said...

CK...
KL penuh sesak.. tak larat nak drive sana sini... lepak umah je

cen...
sama sama kasih yang...

kakbed...
allahuakhbar....

Y u Z z 9071 said...

Allah hu Akhbar...

Panjang pahala...

Mummy Lieza said...

yuz..
hehehehehe... noty eh.!

mummysyafie said...

mama cuti tak semalam..sapa gi kl semalam mmg crowded kan

eLLy said...

mummy thanks for the info,

Mummy Lieza said...

mummysyafie..
ha'ah nor, mummy pergi kl..tapi tak tahan banyak jalan yang tutup.. adoii laaa

elly..
u r welcome my dear...

dakgilachoc a.k.a nani said...

thanks 4 da info yer mummy...rajin tul mummy buat entry ni...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...