Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

Ingat mengingati.....

Salam Semua...
Aku dapat email ni pagi tadi... meh lah kita baca sama sama.. walaupun email ni panjang tapi ianya amat lah baik untuk renungan kita bersama...
kadangkala kita insan yang serba kekurangan ni lupa akan apa yang kita telah lakukan samada TER ataupun tidak TER... semuga kita sama sama mengambil iktibar pada email yang sedang kita baca ini......

Wanita Mengumpat Sukar Di kapan

Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi.
Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar
memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalaman itu membabitkan
masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz
kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana
kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi dan gemuk.

Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun

lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat.
Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau
kecil, gemuk atau kurus.
Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun

lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada
hal mayatnya kecil sa haja . Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan
ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya di beritahu arwah meninggal dunia
kerana sakit jan tun g. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.

Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya

sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di
tambah satu hasta di hujung kepala dan satu hasta di hujung kaki. Selepas
semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya,
Rafeah.

Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak
kuning dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak
yang keluar.

"Eh, ada lagi najis", kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak
sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45
minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami
memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.

Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik sa haja
arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila mendapati
kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan
di hujung kepala dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sa haja .

"Eh, kenapa tak cukup. Takkan salah potong", saya berkata pada adik saya.
Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami
sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung dan bertanya-tanya di
mana silapnya.

Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah

sendiri menyaksikan dan membantu saya memotong kain itu. Sudah
bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami
tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak
mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu dan
mendapatinya cukup 24 ela.

Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain
kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung
dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu itu saya
mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik
sebagai bilal pengurusan jenazah wanitaoleh Jabatan Agama Islam Selangor
pada tahun 1973.

Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya
berdepan dengan masalah saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat.
Mungkin inilah yang dikatakan habuan dan bahagian masing-masing. Entah apa
amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sa haja yang mengetahui. Semoga
Tuhan mengampunkan segala dosanya dan mencucuri rahmat di atas rohnya.

Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak ada. Kain yang saya bawa itu
semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah
dikapankan juga menggunakan apa yang ada. Maha Suci Allah, saya sekali lagi
teperanjat beser bila mendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk
membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi
lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke
bahagian tepi. Puas saya tarik untuk cuba menutup bahagian yang ternganga
tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas
untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.

Sebaik sa haja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian
dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun
cerita-ceritadaripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian
jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.

Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang
benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sa haja yang hadir. Ketika
jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang
hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah
terpaksa ditarik naik dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di
gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad
masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir
bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?

Jenazah dinaikkan semula dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga.
Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan
kali ketiga berjaya dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing
menghembus nafas lega.

Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri
tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat dengannya.
Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan
kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang
dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup
sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.

Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran
Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti
kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah
salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah,
memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas
jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara
amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang
dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sa haja
yang mengetahuinnya.

Tetapi daripada cerita-ceritayang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai
tabiat buruk - suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu,
arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa
mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan
arwah tetapi sekadar memberi nasihat.

Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar
mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan
kitasendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa
yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan
kemudian.

Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an. Punca
kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali
petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar,
tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya
Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya.
Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada
sebarang kesan najis.

"Bersih betul mayat ini", saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan
kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah di bersihkan sebelum
menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu
selesai di mandikan dalam tempoh tidak sampai sejam.

Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi
kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi.
Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang
besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24
ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan
jenazah disembayangkan.

Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali
pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ke tanah
perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang
halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah
Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai
seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong
orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza
dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau
mencaci tetapi itulah hakikatnya..


48 share with mummy:

ita.itu said...

kak byk yg kita umpatkan kak..adoila..takut la bila bc...

kikin_78 said...

subhanallah...

hanya ALLAH yg MAHA MENGETAHUI

timakasih mummy atas ingatan bersama...

izman said...

aku tadi dah nak insaf, tapi bila baca tajuk dia tuju pd pompuan... err... tak insaf la.

ku tak sempurna said...

baru je Ibu bercerita pasal jiran kami yg kain kapannya tak cukup... walaupun orgnya kecil, bhgn atas kain tak boleh nak ditutup... wallahualam... tak tau kenapa??

tapi sungguh insaf la mummy... nmpknya kena jaga mulut... takut jadi mcm ni...

thanx kongsi cerita ya...

Ms.Lilies said...

tima kasih byk mummy atas entry kali ni...insaf...insaf...

julietchun said...

Jgn sesekali kamu mengumpat, buat ketupat boleh wokeh. Tq mummy kongsi citer baik camni.

Anonymous said...

~saya nak mintak maaf kalau entry ni menyakitkan hati.
~memang la memforward adlh utk tujuan meng-ingatkan kepada yg masih hidup...
~tapi sedar tak yang awak dah meng-aib-kan arwah dengan memforward this artikel...
~mcm mana awak nak mintak maaf??
~kebanyak-kan org suka meng-forward email cerita2 artis, gambar2 kantoi seseorang.... Sedar tak yang kita tengah menyebar-kan fitnah kalau mende tu tak betul & kalau betul pun kite tengah meng-aib kan orang....
~saya mintak maaf kalau tulisan ni membuatkan anda terasa...

Mummy Cool said...

En/Cik Anony...
walaupun apa komen anda.. saya mengucapkan syukur...
tiada tujuan untuk mengaibkan sesiapa, tujuan hebahan email ini adalah untuk tujuan ingat mengingati sesama sendiri, jika pekara tidak berlaku, kita tidak akan sedar.. setiap pekara yang berlaku, baik atau buruk kita kena kena ambil sebagai iktibar, Apapun terpulang pada setiap individu untuk menilainya.. pada saya
tujuan saya adalah ikhlas untuk berkongsi cerita bagi kesedaran diri masing2..
terimakasih kerana saudara/saudari sudi untuk sama sama nasihat menasihati, saya tidak akan berasa hati kerana pada saya tujuan dan nawaitu saya ikhlas..

SaDi said...

mummy... bagi saya mmg perlu kita diberitahu ttg perkara macam ni... semoga kita mendapat pengajaran... takde pun nama arwah di dalam artikel tuuu... semoga kita yang hidup ni cepat bertaubat atas segala dosa yang pernah kita buat...

Cakap Kosong said...

adoi ! nih yang takut nih.....aku nih mengumpat gak kak, walaupun lite2

; Rara wanna get famous and take over the world said...

Masalahnya, mak saya ni ada ke cakap nama si mati tu? Tak kan? So, tak de hal lah. Lagipun tujuan post ni just untuk ingat-mengingati je. Bukan nya nak mengaibkan sesiapa. And plus, tak di sebut pun nama arwah kat sini. So takde issue pun nak aib kan sesiapa. Haish. Baca ke tak baca ni?

And and and,

It's totally different with gossips and stuff.

Tak payah lah nak di combine shipping kan topic2 yang tak ade kena mengena under one roof. lol

cendawanintim said...

mekasih333 mummy tuk info yang menarik ni..kekadang kita sebagai manusia sering terlupa dan alpa...

dan, saya juga rasa bukan tujuan mummy tuk mengaibkan sesiapa..yang pasti tujuannya adalah tuk ingat memperingati...

macam kita baca lam majalah MASTIKA jugak..tuk dijadikan iktibar bagi kita sumer..

yang baik itu datangnya dari Allah Taala jua, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kita sendiri...

Mommy Lily said...

kita kena jadikan cerita2 begini iktibar. w/pun berlaku atau tidak bukan masalahnye yg penting ramai org dah sedar mengumpat itu berdosa besar. dak gitu wahai mummy?

thanks kerana sudi ingat mengingati...

azreen said...

Kak....saya setuju ngan akak...tujuan email ni mmg utk ingat mengingti sesama manusia...takde tujuan utk mengaibkan sesiapa....kpd sesiape yg menerima email ini sebagai sesuatu yg baik...maka baikla ia...tetapi sesiapa yg menilai dgn pandangan yg negatif maka negatifla dia...

terima kasih kerana akak sudi berkongsi cerita...

:-)

sparkystar said...

slamat tuk wanita jek.laki takde .hehehehe

eLLy said...

Adoi.. takut nye ...

insaf kak insaf

ladyell said...

subhanallah...mmg ALLAH maha mengetahui...ingat mengingati lebih baik dr brdiam diri..itu lebih baik dr buat2 tk tau .betul tuh bkn tujuan nk mengaibkn,lgpn tkde mention sebarang nama pn dlm article nih.

Mama Mya said...

time kasih mummy info ni amat berguna membuka mata kita supaya takut n insaf.. http://www.quefamili.com

dakgilachoc a.k.a nani said...

Maha Suci ALLAH....semua ni kuasa DIA kan...apapun thanks yer mummy 4 this good info..harap2 kita dpt kurangkan mengumpat dan benda2 tak baik ni...

shabaneeny said...

Thanks mummy.... mmg menginsafkan....

IdaShah said...

mintak di jauh kan kejadian camnih
insaf..

alia said...

terima ksih kongsi .....amat berguna

Zanna_MamaBatrice said...

subhana Allah kak
bersama2 kita renungkan...
kekadang kita nie x perasan yg kita pun ada mengumpat org2 sekeliling kita nie...

kuIna Jentayutiara said...

tq mummy... kita sebenrnya mudah lupa "melayu mudah lupa" so kita kena selalu ingat memperingati... yg baik dijadikn teladan

ija said...

allah maha besar...hanya Dia shj yg tahu..entry ni wajar kita renungi dan jadikan iktibar bersama..terima kasih kak..

Mummy Cool said...

kikin...
sama sama yang...

Mummy Cool said...

izman..
ko memang... hehehee

Mummy Cool said...

ku tak sempurna..
sama sama lah kita yang.. yang baik kita kongsi bersama...

Mummy Cool said...

ms lilies..
sama sama yang....

Mummy Cool said...

juliet...
sama sama jugak yang...

Mummy Cool said...

sadi..
apapun juga anggapan orang pada kita.. yang penting nawaitu kita menyebarkan cerita ni yang... mummy ikhlas...

Mummy Cool said...

CK..
lite lite pun kira ngumpat gak yang... hehehehe...

Mummy Cool said...

Thanx rara... u're my daughter..!! hehehe

Mummy Cool said...

cen...
apapun juga anggapan orang pada kita.. yang penting nawaitu kita menyebarkan cerita ni yang... mummy ikhlas...

Mummy Cool said...

mommylily...
sama sama yang.. dan terimakasih kerana memahaminya...

Mummy Cool said...

azreen..
apapun juga anggapan orang pada kita.. yang penting nawaitu kita menyebarkan cerita ni yang... mummy ikhlas...
sama sama kasih yang... heheehhe

Mummy Cool said...

razlan@sparkystar...
yo lah tu yang... sama je...

Mummy Cool said...

elly...
hehehehe.. memang insaf yang....

Mummy Cool said...

ladyell...
apapun juga anggapan orang pada kita.. yang penting nawaitu kita menyebarkan cerita ni yang... mummy ikhlas...
sama sama kasih yang... heheehhe

Mummy Cool said...

mamamya..
sama sama kasih yang...
waaahh dah ada rumah baru ya.. taniah ya yang...

Mummy Cool said...

nani..
sama sama yang.. insyaAllah.. semuga kita sama sama ambil iktibar atas semua yang terjadi ini...

Mummy Cool said...

shabaneeny...
sama2 yang...

Mummy Cool said...

alia..
sama sama yang...

Mummy Cool said...

zanna...
betul tu yang.. banyak pekara yang tidak kita sedar...

Mummy Cool said...

kuina...
sama sama yang.. itu lah tujuan mummy yang sebenarnya.. ingat mengingati.. tak ada niat untuk mengaibkan sesiapa... yang baik datang dariNYA dan yang buruk datang dari diri kita sendiri...

Mummy Cool said...

ija...
sama sama yang....

rynn2506 said...

mummy cool...
mmg menginsafkan bile baca n3 ni...sbb kite mmg ade wat pkara² gini dlm keadaan sedar atau tidak tp x lepas melakukan kesilapan...moga kite diampunkan Yang Maha Kuasa...

tq kerana bkongsi..

ShiDa said...

Good info..plus inipun salah 1 ILMU HIDUP yg patut we share together as sis/bro..isu aib mengaib ni x timbul coz the story doesnt mentioned any name lorr..

take it as a LESSON lah!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...