Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH S.A.W.


Kisah ini berlaku kepada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.

Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak 
panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat 
berjemaah dengan para sahabat di masjid.

Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta 
beberapa orang sahabat membawanya ke masjid.
Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta
Bilal memanggil semua para sahabat datang ke 
masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid 
dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat
rindu setelah agak lama tidak dapat melihat
Rasulullah S.A.W.

Lalu Rasulullah S.A.W. mula
berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua!
Aku ingin tanya pada kamu semua.... apakah telah
aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa 
sesungguhnya Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang
layak di sembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan 
kepada kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak disembah".
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Persaksikanlah ya Allah!
Sesungguhnya aku telah
sampaikan amanah ini kepada mereka". 
Kemudian baginda berkata lagi.......
dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan
dibenarkan oleh semua para sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu topik yang 
menjadikan para sahabat agak sedih dan 
terharu....Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu 
Tuhan.......dan sebelum aku pergi, aku ingin 
selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka 
aku ingin bertanya kepada
kamu semua...... siapakah di kalangan kamu yang
aku ada hutang dengannya.....sila bangun.....aku 
ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak 
mahu bertemu Tuhan dalam keadaan ada hutang 
dengan manusia".

Ketika itu semua sahabat diam............. sedang 
dalam hati masing-masing berkata "Mana ada 
Rasullullah S.A.W. berhutang dengan 
kami..........sebenarnya kamilah yang banyak 
berhutang dengan baginda".

Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu 
sebanyak 3 kali.
Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama
AKASYAH. lalu dia berkata:

"Ya Rasulullah! Aku ingin ceritakan dulu perkara ini.
Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau
jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak
perlulah engkau berbuat apa-apa".

Rasulullah S.A.W. berkata:
"Ceritakanlah wahai Akasyah".

Maka Akasyah pun mula bercerita:
"Aku masih ingat lagi ketika perang Uhud dulu, satu
ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan
cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut
tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya
cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu
aku berdiri disebelah belakang kuda yang
engkau tunggang wahai Rasulullah".

Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. 
berkata:
"Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! 
kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku 
akan terima hal yang sama". Dengan suara yang
agak tinggi, Akasyah berkata:
"Kalau begitu aku ingin segera melakukannya 
wahai Rasulullah!".

Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila 
mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu
sebahagian sahabat berteriak memarahi
Akasyah....
"Sesungguhnya engkau
tidak berhati perut wahai Akasyah! .....
bukankah Baginda sedang sakit!"

Akasyah tidak menghiraukan
semua itu. Rasulullah S.A.W. meminta Bilal 
mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya 
Fatimah. 

Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, 
maka Fatimah bertanya:
"Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai 
Bilal?".

Bilal menjawab dengan nada sedih : "cemeti ini 
akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul 
Rasulullah".
Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
"Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku 
Rasulullah!......ayahku sedang sakit........
kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya".

Bilal menjawab:
"Sesungguhnya ini adalah urusan antara 
mereka berdua".

Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu 
diberikan kepada Akasyah.

Setelah mengambil cemeti, Akasyah mara ke 
hadapan menuju mimbar.
Tiba-tiba bangun Abu bakar menghalang Akasyah 
sambil berkata:
"Wahai Akasyah! kalau kamu hendak pukul, 
pukullah aku....... 
aku orang yang mula-mula
beriman dengan apa yang
Rasulullah S.A.W. sampaikan.
Akulah temannya di kala suka dan duka. 
Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Abu Bakar!....
ini bukan urusan kamu.
Ini antara aku dengan Akasyah".

Akasyah mara lagi ke
hadapan......lalu bangun pula
Umar menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah 
aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar 
nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat 
untuk menyakitinya, itu dulu.........
Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka
sakitilah aku dulu....".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan Akasyah".

Akasyah mara lagi ke
hadapan.......tiba-tiba bangun
pula Ali bin Abu Talib sepupu
Rasulullah S.A.W.
Dia menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! pukullah aku wahai Akasyah. 
Darah yang sama ada pada tubuh aku ini 
wahai Akasyah".

Lalu dijawab oleh Rasulullah S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Ali! ini
urusan antara aku dengan Akasyah" .

Akasyah mara lagi ke hadapan......
tiba-tiba tanpa disangka, bangunlah dua orang
cucu kesayangan RasulullahS.A.W. iaitu
Hassan dan Husin.
Mereka berdua merayu dan meronta.
"Wahai pak cik! pukullah kami
wahai pak cik..........
Datuk kami sedang sakit......
pukullah kami wahai pak cik.....
sesungguhnya kami ini adalah 
cucu kesayangan Baginda...........
pukullah kami wahai pak cik".

Lalu Rasulullah S.A.W berkata:
"Wahai cucu-cucu kesayanganku!
duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".

Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya 
Akasyah berkata:
"Macam mana aku hendak pukul engkau ya 
Rasulullah! 
Engkau duduk di atas dan aku di bawah. 
Kalau engkau hendak aku pukul engkau, 
maka turunlah ke bawah sini".

Rasulullah S.A.W. memang seorang insan yang
baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat
memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada
sebuah kerusi,
lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi:
"Semasa engkau pukul aku
dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".

Tanpa berlengah, dalam keadaan 
lemah......Rasulullah membuka baju. 
Lalu kelihatanlah tubuh
Baginda yang sungguh indah,
sedang beberapa ketul batu
terikat di perut Baginda.....
ini menandakan Baginda sedang
menahan kelaparan.

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:
"Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu 
berlebih-lebihan. 
Nanti Tuhan akan murka pada kamu".

Akasyah terus menghampiri Rasulullah S.A.W........
lalu mula untuk menghayunkan tangan yang
memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh
Rasulullah S.A.W.

Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, 
sambil itu juga dia membalingkan cemeti kearah
lain.....
dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh
Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya. 
Sambil berteriak menangis, 
Akasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampunkanlah
aku......maafkanlah aku......
mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah........sengaja aku
melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku 
dengan tubuhmu.......kerana
sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak 
akan dimakan oleh api neraka. 
Dan sesungguhnya aku takut dengan api
neraka........maafkanlah aku ya Rasulullah".

Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu 
berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu 
ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada 
Akasyah".

Semua sahabat tidak dapat. 
menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi 
masing-masing. Sambil itu semua para sahabat
beramai-ramai memeluk Rasulullah S.A.W.

MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN 
TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN 
KECINTAAN KITA KEPADA KEKASIH  ALLAH.

0 share with mummy:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...