Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

PEREMPUAN memang TIDAK GUNA...

Assalamualaikum,

Bacalah dengan hati yang terbuka...mudah-mudahan ada manfaatnya, wassalam.

Perempuan Memang Tidak Guna ???

1. Perempuan memang tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh Nabi berdasarkan Sabda Baginda SAW bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 Surah Ibrahim.

5. Perempuan memang tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. Surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul SAW seperti yang disuruh oleh Allah SWT tersebut dalam ayat 59 Surah al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentuknya untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 Surah al-Ahzab yang bermaksud "Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik". 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberahian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya.

9. Perempuan memang tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam peti besi dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.


22 share with mummy:

ita.itu said...

lahau lawala..saya suka kain jarang...kah..kah.kah..astaga jalang ckpnye..aduhhh

Hanisumayyah said...

Wah..best lah kata2 ni...macam terkena kat batang hidung sendiri jer...patut bloggers2 pakat dok baca ni, manalah tau datang keinsafan..dapat pahala kat tuan punya blog ni... tq2...

DYLA said...

baca tajuk tadi ingat kan pempuan mana la yg tak gune tu...

pas baca insap sket. mudah2an...

Teman2 Sekalian said...

ta, tu lah mummy pun terkena jugak bab pakai minyak wangi ngan baju jarang.. mummy ni baju jarang setengah almari.. macamana tu? hehehehe

hijrah1429, insyaAllah yang.. marilah kita betulkan kesilapan2 yg kecil ini.. adoi laa.. boleh ke.. hehehe cuba kay, mudah mudahan kita semua kuat. amin!

dyla, tajuk tu memang suspen.. hehehe, insaf giler juga mummy bila baca, tapi kejap je lah sebab make up prefume and baju jarang tu, mana nak letak. hehehehe

Ida Naziri said...

boleh jd iktibar nih.
sy suka pki eyeshadow kaler2 mummy
br lah mcm traffic light hehehe...

Qaseh Bidadari said...

yg lain tu ok dgn mama cuma minyak wangi tu je...mcm ne ek?sebab tkut ade bau2 yg kurang menyenangkan je bile x pakai!

viruspadu said...

hahaha

tp saya suka gelang loceng, gimana yaaaa... hahahahahaha

lariksssssssss

Y u Z z 9071 said...

waduhssz

very the berapi rapi....insap japs

insyallah..yg baik itu jadi ikutan.

Teman2 Sekalian said...

idashah: tu lah dia.. dlm ketegori make up tu.. adoilah.. bak kata nabil.. lu pikir lah sendiri... heheheh

mama,tu lah mummy kata tadi, baca mula2 rasa insaf sekejap.. pastu bila pandang balik perfume dan makeup.. adoii laaa... hehehe

imah manja.. nak lari mana.. mummy boleh dengar loceng kat gelang kaki tu.. hehehe

Teman2 Sekalian said...

yuz.. harap2 macam tu lah yang... hehe ( sambil pandang kat lemari baju dan lemari make up)

muadzlife said...

wah!!!!...hiks...

Teman2 Sekalian said...

muadzlife.. apa yg wah yayang... hehehehe

Mommy Lily said...

i like loceng juga. tp kt tangan...huhuu

salam singgah mummy...tukar link nak?

Teman2 Sekalian said...

mommylily.. boleh yang apa salahnya.. nanti mummy link kan ya yang...
suka loceng kat tangan.. hehehe sama lah kita...

Emi Farez said...

Ya ampun.. rasa macam tersepah hidung.. hehe

eedany said...

suspen tau tajuknya itew mummy...

Happy weekend to you and family.

:)

eLLy said...

mummy.. tajuk di memang la mengerikan
"Perempuan memang tak Guna" :o)

Teman2 Sekalian said...

ibukumbang.. heheeh ya ampun ya.. tersepak kena hidung.. sama lah kita yang..

dany comel: tajuk mesti gempak yang.. happy weekend to you and family too..

elly: hehehehe tajuk je dah mengerikan.. bila baca.. adoila lagi ngeri.. hehehe

cendawanintim said...

kekadang ader gak yang terkena nih, bab baju jarang, bab bauan...

mekasih tuk info yang berpanjangan nih..

SaifulBashrie said...

saya kan mummy, saya setuju dengan semua tulisan itu..hehehe..

Teman2 Sekalian said...

cen.. memang mummy pun terkena sama dengan entry tu bukan satu tapi banyak.. hehehehe

bash..amboi ko yang.. setuju ek.. suka lah tu.. hehehehe

dakgilachoc said...

astalavista....insap neh..insap...ekekekekeke....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...