Aamiin Ya Rabbal Aalamiin

No Man is PERFECT..!


just for sharing info (aku dapat email ni semalam dan suka sangat nak berkongsi dengan korang semua dipagi pagi jumaat ini..., semuga kita dapat menjadikan info ini sebagai laluan kita dalam mengharungi kehidupan berumah tangga...)..

Seorang isteri mengadu begini kepada saya,

"Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu.
Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak² dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya,

skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat?
Kalau Dr. tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah², anggaplah dia satu²nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahgiaan bersama.


Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.
Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal di kecapinya skrg.

Lalu saya perjelaskan,

kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila?


Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.


Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata² kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau MELESET bagaimana? Kalau kebahagiaan yang iidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?


Setelah anda Diijab-kabul, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.


JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.

JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.

INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.


Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing² gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mek anis me-mek anis me nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu di buru walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata "NO MAN IS PERFECT".


**Kekayaan seseorg bkn diukur dr byk harta tapi dr kekayaan jiwa..**

35 share with mummy:

Mieza's Penny said...

x bole jamin lelaki yg akan dtg ni dpt membahagiakan...ntah2 lg naga...x psl2 lg menderita...hdp sendiri n jaga2 anak2 lg bgs...tepuk dada tya iman...:D

Ms.Lilies said...

betul...saya sokong email itu... :)

muadzlife said...

betul tu...

julietchun said...

Kebahagian itu terletak di dalam diri sendiri kan.

KTS said...

nobody perfect... tp itu bukan alasan utk tidak bahagia :D

SaDi said...

sangat setuju... sadi pun tak sempurna.. so suami sadi yang banyak buat sadi geram tuuuuuuu... pun tak sempurna jugak... so we have to balance up each other and try our best to accept him like he accept us in his world....
;)

Y u Z z 9071 said...

setujuuu

shafa said...

me like this article so much....
it's ok if me want to put this in my blog...

Teman2 Sekalian said...

mieza..
betul tu yang....

Teman2 Sekalian said...

ms lilies..
mummy pun ikut sokong email tu... sokong sesangat.... hehehe

Teman2 Sekalian said...

muadz...
setuju mummy pun setuju....

Teman2 Sekalian said...

juliet..
tepuk dada tanya selera...

Teman2 Sekalian said...

ku tak sempurna..
betul tu yang.... semua ada pada hati dan akal fikiran kita sendiri....

Teman2 Sekalian said...

sadi..
betul tu yang.. bersyukur dengan jodoh yang Allah dah beri pada kita...
give and take is the best way....

Teman2 Sekalian said...

yuzzz..
mummy pun setuju gak...

Teman2 Sekalian said...

shafa...
please do.. i dont mind.. we can always share the info.. coz sharing is caring!

Anonymous said...

hmmm... untuk renungan kaum adam dan hawa... patut dijadikan pengajaran...

Ck said...

emak saya pernah cakap..........ko tukarlah laki berkali2.......ko tetap tak kan puas hati, sebab setiap orang ada kekurangan yg kita tahu.

Ck said...

sorry silap,kekurangan yang kita tak tahu.

Hjh Nik Zulina said...

Hidup ini tak lekang daripada ujian. Kita harus bijak menanganinya. Sabar berjaya...Tak sabar sebaliknya..

chronicles of angelzz said...

yess mummy, xder manusia yang perfect dlam dunia nie...

apa2 pown cubala kita bersyukur ngan apa ygkta ader, cuba kta try ntk tgk kebahagiaan yg tersirat jngan tgk yg tersurat jerk..

klaw x smpai bla pown ktaxkan bhagia kn kan kan

~ Lady ell ~ said...

tk semua kesempurnaan tu kite boleh dpt sedangkn diri sendiri tk sempurna....n tk semestinye kalau tk sempurna kita tk boleh bahagia...hidup akn bahagia kalau cuba memperbaiki kekurangan yg ada..sama2 memberi dn menerima kekurangan dan kelebihan yg ada..barulh bahgia...

cendawanintim said...

**Kekayaan seseorg bkn diukur dr byk harta tapi dr kekayaan jiwa..**

Yup, it's true...

ita.itu said...

sib baik laki den mmg dr dulu perangai dia x romantik..jd smpi skrg x heran..hehe

Teman2 Sekalian said...

cK..
betul tu yang...
sebab mana ada yang perfect kan.. so terimalah pasangan kita seadanya.. kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

Teman2 Sekalian said...

nik zulina...
betul tu yang... mummy setuju sgt...

Teman2 Sekalian said...

anglez..
betul tu yang....

Teman2 Sekalian said...

ell..
senangb cite dlm perkahwinan ni mesti ada GIVE & TAKE.. insyaAllah selamat...

Teman2 Sekalian said...

cen..
tapi tak semua fikir macam yang kita fikir.. tepuk dada tanya selera.. kan yang?

Teman2 Sekalian said...

ita..
tak romantik tak bermakna tak sayang.. tak gitu yang.. heheheh

Emi Farez said...

setuju!

shafa said...

heheheh...
mummy smlm kite buang tebiat...
asyik duk me jer...
hehehe...
nih shafa yg betul nih....
xde me, mihun spagethi dh....

Teman2 Sekalian said...

IK...
setuju ek.. heheheh

Teman2 Sekalian said...

shafa...
sekali sekala meroyan tak apa yang... hehehehehe

dakgilachoc said...

xde manusia yg sempurna kan mummy...tp nk carik lelaki yg benar2 tepat dan terbaik mmg susah sgt...huhuhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...